Setiausaha Politik kecewa MB Kedah kena "boo" dalam stadium

TINDAKAN Umno Kedah membolot banyak tiket-tiket perlawanan akhir bola sepak Kedah vs JDT tempoh hari ternyata gagal menghalang penyokong negeri itu "mengeboo" Menteri Besar Dato Seri Ahmad Bashah.

BACA — Umno Kedah bedal tiket bola

Kejadian MB kena "boo" dengan penyokong itu diakui sendiri oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin seperti yang dilaporkan oleh portal Utusan Malaysia (media milik Umno).



"Tindakan para penyokong yang 'mengeboo' Ahmad Bashah di Stadium Shah Alam pada perlawanan akhir Piala Malaysia kelmarin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan sangat mengecewakan," luah Shaiful yang dilaporkan juga sebagai Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah.

"Beliau telah melakukan pelbagai pengorbanan antaranya mencari dana berjumlah RM 54 juta dalam tempoh 2 tahun untuk pengurusan pasukan dan kebajikan pemain," katanya.

"Tetapi pengorbanan dan jasa beliau tidak langsung dikenang dan dihargai sehingga mereka memalukannya di stadium tempoh hari," katanya.

Oleh itu, beliau mencadangkan MB dan seluruh kepimpinan Umno Kedah termasuk Exco yang menyandang jawatan dalam KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) agar meletak jawatan.

"Justeru kami percaya adalah lebih baik beliau serta seluruh kepimpinan Umno Kedah termasuk mana-mana Exco yang menyandang jawatan lain seperti setiausaha kehormat serta Bendahari KFA melepaskan jawatan," katanya.

Sumber — Utusan Malaysia

*** Dia ingat kalau bolot tiket bola banyak-banyak supaya hanya penyokong Umno memenuhi stadium, boleh elak daripada kena "boo" rupanya lagi teruk kena kahkahkah...

Post a Comment

3 Comments

  1. AGEN BOLAVITA,ORG
    Bolavita Merupakan Bandar Taruhan Online Aman dan Terpercaya, Menyediakan Games Terbaik Untuk Para Member di Indonesia Yang diantaranya Adalah Sabung Ayam, Adu Banteng, Sportsbook, Casino Live Online, Bola Tangkas dan Masih Banyak Permainan Lainnya.

    Sabungayam, in
    Dewasabungayam, com
    Sabungayam, com

    Wechat : Bolavita
    WA : 081377055002
    Line : cs_bolavita
    BBM PIN : D8DB1C57

    ReplyDelete
  2. Ayo gabung dengan situs agen judi online terpercaya
    Hanya di www(titik)bolavita(titik)org
    Bisa juga hubungi, info :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete
  3. SELAMAT TAHUN BARU 2018 SEMUANYA MARI BERGABUNG DI WWW S128AGEN COM
    UNTUK MENGISI LIBUR KALIAN BERSAMA KAMI BIAR BAROKAHH :*
    - sabung ayam
    - tembak ikan
    - tangkasnet
    - sportsbook
    dan masih banyak lagi ayo buruann aku tunggu nih :)
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    kecewa kenapa yah

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda