YB Zuraidah rentap bendera PKR dari tangan pegawai penguatkuasa

AHLI Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamaruddin merentap segumpal bendera Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dari tangan seorang pegawai penguatkuasa dalam kejadian yang berlaku di Tebrau, Johor.

Ahli Parlimen KEADILAN itu difahamkan menjadi marah apabila pihak berkuasa tempatan, dikatakan bertindak tanpa mengikut lunas undang-undang.

rampas bendera

Dalam sebuah rakaman video yang menjadi viral, Zuraidah dilihat mengejar dan berulang kali memanggil pegawai itu yang terlibat menurunkan bendera parti KEADILAN.

"Mari sini, pegawai kena berani, pegawai jangan takut," kata Zuraidah sambil mengejar pegawai penguatkuasa yang cuba mengelak dari bertemu dengannya.

Apabila ditanya, pegawai itu memberikan alasan bendera KEADILAN diturunkan kerana tidak mempunyai permit. Perkara itu telah menimbulkan kemarahan Zuraidah.

"Bendera no need (tak perlu) permit, siapa kata bendera perlu permit, you tak boleh ambil, bendera tak boleh keluarkan you tak tahu ke undang-undang?" Soal Zuraidah bertekak dengan pegawai penguatkuasa itu.

"Tak apa saya ambil dulu bendera, nanti saya pulangkan pada akak," kata pegawai itu.

Pegawai berkenaan kemudiannya dilihat terus melarikan diri dari Ketua Wanita KEADILAN itu.

Ketika pegawai berkenaan cuba mengambil segumpal bendera-bendera KEADILAN di atas tanah, untuk dibawa pergi, Zuraidah dengan pantas merampasnya kembali dari tangan penguatkuasa itu.

Pegawai itu kemudian akur, dan meminta agar bendera itu tidak dipasang.

"Bendera tu akak ambil, jangan pasang dulu ye," kata pegawai itu.

Selepas itu Zuraidah menyuruh kesemua pegawai dan anggota penguatkuasa yang terlibat beredar dari situ.

"Now you go!" kata Zuraidah.

Di bawah ini rakaman video tersebut.


2 Comments

  1. kat tempat koi bendera umno sampai koyk rabak lunyai tadak sape nok ngutipnye. bendere je pun. ape nok takutnye?

    ReplyDelete
  2. sobat sekalian tahun baru 2018 lebih asik gabung sm kita yang jomblo hiihih
    HAPPY NEW YEAR 2018 AYO DAFTAR AKUN ANDA HANYA DI WWW S128AGEN COM
    MARI KITA RAYAKAN BERSAMA - SAMA
    Claim Segera Bonus Natal Dan Tahun Baru Hanya Di AgenS128 org :D
    Nikmati Semua Bonus Yang Kami Berikan, Hubungi Kami Sekarang Juga :)
    Untuk Lebih lengkapnya bos bisa lihat di Link kami :
    www s128agen net / www s128agen com
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan