Saturday

Lelaki ahli Umno ditahan jual borang mohon kad pengenalan


SEORANG lelaki yang juga Ahli Umno dilaporkan ditahan kerana menjual borang-borang permohonan yang menawarkan pengeluaran kad pengenalan dengan syarat mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14.



Ketua pengarah Polis Sabah, Ramli Din mengesahkan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "Panglima" dari Simunul, Semporna telah ditahan oleh Jabatan Imigresen.

Satu mesej peribadi yang diterima oleh the Malaysian Insight antara Pegawai Komandan Keselamatan Timur Sabah dan seorang orang awam yang dihantar pada Sabtu lalu, mendedahkan bahawa borang-borang berkenaan dijual pada harga RM54 setiap satu.

Menurut pegawai itu, mereka yang membeli borang-borang tersebut adalah dari Kalabakan, dan lelaki yang menjual Borang itu adalah seorang ahli Umno.

Kata pegawai itu lagi, lelaki tersebut telah ditahan di Kuantan Pahang.

MiLo SuaM ada menulis tentang penyebaran borang ini dalam artikel yang lalu, klik link berikut.

LINK — Borang Permohonan Kad Pengenalan ada ikrar undi BN

Ini bermakna memang ada pihak tertentu iaitu ahli Umno yang menyebarkan dan menjual borang-borang tersebut, dan orang itu telah ditangkap selepas kerja jahatnya terbongkar.

Dalam erti kata lain gambar borang itu bukanlah gambar palsu yang diedit menggunakan photoshop atau sebagainya. Kejadian itu memang benar-benar terjadi.

JPN nafi keluarkan borang khas permohonan kad pengenalan, tidak bermakna "projek IC" tidak wujud.

Sumber — TMI

5 comments

10 BENCANA PascaPRU14 Jika BN berkuasa?

#CUKAIGSTNAIK
#HARGABARANGNAIK
#HARGAMINYAKNAIK
#TOLNAIK
#NILAIRINGGITTURUN
#HUTANGNEGARANAIK
#SIAPAMO1?
#MALAYSIATIMURMUNDUR
#CHECK&BALANCEGOYAH
#PMDIKTATORDEMOKRATPALSU

Apa punya sial UMNO ni, habis punah ranah kedaulatan negara dilelongnya

Murah pula tu! Aku harap dia ni scammer. Ambil kesempatan

Semak IC pekerja, suami, isteri, kawan masing2. 12 tahun kerja guru pakai IC palsu dah terbukti. Parti Umno pengkhianat negara.

serahkan semua kepada negara china. tak payah nak perintahlah! lagi lama lagi bodoh! kalau tak pun serahkan balik kepada kerajaan british. orang bodoh mana boleh perintah!


EmoticonEmoticon