Sunday

Malaysia antara 30 negara upah "tentera keyboard" sebar berita palsu


SEKURANG-KURANGNYA sebanyak 30 kerajaan seluruh dunia mengupah "tentera keyboard" untuk menyebarkan propaganda dan menyerang pengkritik lapor The Telegraph yang memetik satu sumber laporan.

berita palsu

Dalam jadual senarai 30 negara-negara yang mengupah "tentera keyboard" pro kerajaan bagi menyebarkan berita palsu itu, Malaysia termasuk dalam senarai.

upah cybertrooper

Laporan tahunan "Freedom on the net" oleh pemikir Freedom House menunjukkan bahawa penyebaran maklumat salah di atas talian telah jauh melangkaui Russia dan China, sehingga hampir separuh daripada 60 negara-negara yang dikaji dalam laporan itu.

Didapati kerajaan-kerajaan termasuk Mexico, Arab Saudi dan Turki, menggunakan "pengulas berbayar pro-kerajaan" bagi membentuk pendapat di atas talian, selalunya untuk memberikan gambaran sokongan rakyat bawahan kepada dasar-dasar kerajaan.

Mereka ini termasuklah, pengulas berbayar, troll (kaki persenda), bot (robot) dan berita-berita palsu, yang digunakan untuk mengganggu wartawan, membanjiri media sosial dengan pendapat-pendapat palsu dan menghakis kepercayaan kepada media-media alternatif.

Penulis laporan itu memberi amaran bahawa teknik-teknik yang digunakan telah sangat kehadapan (canggih) dan meluas sejak tahun-tahun kebelakangan ini, dan menurutnya berita-berita palsu telah digunakan dalam cubaan untuk mempengaruhi pilihan raya 18 buah negara termasuk UK.

"Penggunaan pengulas-pengulas (juru komen) berbayar dan robot politik (komen auto) bagi menyebarkan propaganda kerajaan telah diasaskan oleh China dan Russia, namun ia kini telah ke seluruh dunia," kata Michael Abramowitz, presiden Freedom House.

"Kesan teknik-teknik sebaran mendadak ini terhadap demokrasi dan aktivism, berpotensi membawa bencana,"



Laporan itu diterbitkan sehari selepas Theresa May menuduh Vladimir Putin melakukan "serangan maklumat" dan "mencipta cerita-cerita palsu dan imej-imej photoshop," di dalam melemahkan barat.

Ahli politik Amerika Syarikat juga sedang menyiasat mengenai pengaruh Russia pada pilihan raya presiden tahun lalu, dan telah menerima bukti ribuan akaun palsu "bot" dan bahagian sebaran iklan-iklan yang dibeli oleh Russia.

Meskipun kebanyakkan perhatian ditumpu kepada kempen-kempen maklumat palsu oleh Russia, menurut Freedom House, amalan itu jauh lebih berleluasa dari apa yang kita percaya.

30 negara-negara yang membayar "pembentuk pendapat" itu meningkat dari jumlah hanya 26 tahun lalu, 24 pada 2015 dan 22 pada 2013, menunjukkan ia sudah menjadi taktik yang biasa diguna pakai.

Laporan Freedom on the Net memberikan setiap negara 1 "skor kebebasan internet" berdasarkan kriteria seperti akses Internet, tahap berita-berita palsu, dan kawalan terhadap media atas talian.

Tahun ini UK diberikan skor 24, di mana 0 adalah yang paling bebas, dan 100 paling teruk. Ia menunjukkan penurunan daripada skor 23 tahun lalu.

Lapan negara — Estonia, Iceland, Canada, Jerman, Australia, Amerika Syarikat dan Jepun berada di kedudukan atas UK daripada 65 negara dalam laporan itu, yang membentuk sebanyak lapan puluh tujuh peratus daripada populasi dunia.

China di tangga paling bawah diikuti oleh Syria, Ethiopia dan Iran.

Sumber — The Telegraph

6 comments

Malaysia ternyata kian kronis berbanding Indonesia. Sepertinya Malaysia berundur dibawah pimpinan Pak Najib Razak. Koq kian parah negara tetangga ini, ndak seperti era Bpk Mahathir & Bpk Anwar? Korupsi memvirus yah? :)

kera jaan kepala bapak kau memang kera pariah! ptuih! beruk pariah!

Membazir je aku bayar cukai.. akhirnya dapat kepada beruk2 sarkis yang mempertahankan Najib MO1.

senang aje, bagi balik kat British. semua dalam malaysia nie dah tak mampu nak perintah. tau rasuah, seks, gelapkan duit rakyat saja.

Negara2 banana republic. Tahniah najib diatas pecapaian membanggakan

SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS...
SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
& INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
SILAHKAN HUB DI NO: ((_085-222-489-867_))


Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
berkat bantuan angka dari AKI RORO
karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
hubungi AKI RORO DI NO: ((_085-222-489-867_))
insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO.Anda bisa juga dibantu melalui pesugihan.DANA GHAIB.


EmoticonEmoticon