Thursday

Lelaki pijak dan pukul bayi sedang tidur ditahan polis


POLIS dilaporkan menahan seorang lelaki berusia 23 tahun pada hari rabu kerana membelasah seorang kanak-kanak yang sedang tidur di sebuah rumah pangsa Taman Bagan Jaya, Kepala Batas.

Dalam kejadian pada 9.15pm itu, lelaki berkenaan dilapor memukul dan memijak bayi berusia 2 tahun itu sehingga mangsa mengalami sesak nafas.

Ibu mangsa yang juga merupakan kakak tiri kepada suspek berada di luar rumah ketika terdengar anaknya meraung kesakitan. Dia segera masuk ke dalam rumah dan menyaksikan penderaan tersebut sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Tangan Bayi

Lelaki tersebut ditahan tidak lama kemudian.

Menurut pihak polis, ujian dijalankan ke atasnya mengesahkan suspek positif dadah.

"Bayi berkenaan telah dihantar hospital untuk rawatan lanjut," kata ketua polis daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Lelaki itu akan ditahan reman bermula pada hari Khamis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumahtangga.


EmoticonEmoticon