Rakyat Malaysia mati ditembak polis Indonesia dalam operasi anti dadah

SEORANG Rakyat Malaysia berusia 57 tahun dilaporkan maut ditembak oleh Polis Indonesia dalam satu operasi anti dadah di Medan, Indonesia hari ini.

Menurut laporan Tribun news, ketua polis Utara Sumatera, Paulus Waterpauw berkata, rakyat Malaysia itu dikenal pasti sebagai China Yoo Dah, atau Acin yang bekerja sebagai tukang masak.

"Suspek dipercayai sedang menyeludup dadah. Kami terpaksa mengambil tindakan muktamad (menembak) kerana dia cuba untuk lari," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya suspek telah ditahan di Jalan Imam Bonjol, di depan Vihara Borobudur, selepas Seorang rakan subahat warga Indonesia, dikenali sebagai Azhari, 35 ditahan.

Pihak polis dilaporkan telah merampas 4 kg syabu dari suspek.

Pihak polis kemudiannya dilapor menahan tiga lagi suspek, kesemuanya warga Indonesia — Tan Siong Tiong, 45, Joni @ Aguan, 47 dan Susanto @ Santo dan merampas sejumlah syabu daripada mereka.

rakyat malaysia kena tembak

Kata Paulus, 2 lelaki iaitu Siong Tiong dan Joni juga telah ditembak mati ketika mereka cuba untuk melarikan diri.

Menurutnya pihak polis telah merampas keseluruhan syabu berjumlah 15kg. Dadah itu dipercayai untuk diseludup masuk ke Malaysia melalui pelabuhan Pekan Baru.

3 Comments

  1. Menangkan Uang Jutaan Rupiah Dengan Kami Sekarang Juga
    Proses Deposit, Withdraw & Pindah Dana Dalam Hitungan Menit Saja.
    Langsung Kunjungi Website www(titik)bolavita(titik)org
    Info, hubungi :
    BBM : D8C363CA / BOLAVITA (NEW)
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete
  2. Gabung Bersama kami Di BOLAVITA permainan yang " SANGAT MENARIK "
    BBM: D8C363CA (NEW), D1A1E6DF (NEW), D8DB1C57 (NEW) whatup : 6281377055002

    ReplyDelete
  3. BCA ASIH MARGARETTHA 2930456112
    ini nomor rekening kami ya bos... ditunggu konfirmasinya ya bos..
    Terima kasih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan