Singapura haramkan filem tampil gadis Palestin yang tampar Tentera Israel

PIHAK berkuasa Singapura dilapor mengharamkan sebuah Festival Filem minggu ini daripada menayangkan dokumentari yang menampilkan seorang remaja perempuan Palestin ditahan bulan lalu selepas sebuah video remaja itu melempang seorang askar bersenjata Israel tular di internet.

ahed al tamimi

Filem terbitan tahun 2016 itu "Radiance of Resistance" menceritakan kisah Ahed al-Tamimi, dan sahabatnya berusia 9 tahun, Janna Ayyad, yang sering digelar sebagai "Wartawan paling muda di Palestin".

Dokumentari selama satu jam itu, diarahkan oleh Jesse Roberts, seorang pejuang hak asasi manusia dan penerbit filem warga Amerika Syarikat, dijadualkan untuk tayangan di Festival Filem Palestin Singapura 2018 pada hari Khamis.

Namun pada hari Selasa, pihak berkuasa Kemajuan Media Info-Komunikasi (IMDA) telah membatalkan tayangannya, dengan alasan dokumentari itu "menjelajah konflik Palestin-Israel, dari kacamata dua orang protagonis, tanpa semak imbang".

"Naratif tidak adil oleh filem tersebut bersifat provokatif dan mempunyai potensi menjejaskan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura," kata IMDA dalam satu kenyataan.

IMDA telah menklasifikasikan dokumentari tersebut sebagai "tidak sesuai untuk sebarang tontonan (NAR)".

Klasifikasi filem di bawa NAR adalah begitu jarang dilakukan di Singapura.

The Projector, sebuah pawagam bebas yang menganjurkan festival tersebut, mengirimkan nota pembatalan tayangan filem itu melalui laman sesawang rasminya.

Adela Foo, penganjur festival berkenaan dilapor memberitahu wartawan tempatan bahawa beliau merasa "kecewa" namun tidak akan merayu keputusan IMDA kerana kesuntukan masa.

"Saya fikir ini adalah sebuah filem yang menarik untuk ditayangkan, namun saya juga faham kebimbangan, berdasarkan situasi politik masa kini," kata pelajar berusia 23 tahun itu yang dipetik oleh akhbar Singapura.

Dramatis terkenal Singapura, Alfian Sa'at melalui halaman Facebook miliknya menyifatkan pembatalan tayangan filem tersebut sebagai "paternalistik".

"Penilaian IMDA adalah sangat subjektif, mengatakan sesuatu 'tanpa semak imbang' sebagai alasan pengharaman," tulisnya.

"Adakah ia [IMDA] mempertimbangkan bahawa dokumentari Radiance of Resistance wujud untuk menyediakan imbangan, satu pembetulan kepada propaganda yang dihasilkan oleh televisyen Israel dan media berkiblatkan Amerika tentang Rakyat Palestin?" Soalnya.

Sebuah mahkamah di Israel mendakwa Ahed Tamimi, watak utama filem tersebut kerana melempang seorang askar bersenjata Israel.

Ibu Ahed, Nariman dan sepupunya berusia 21 tahun, Nour turut dihadapkan ke mahkamah.

Sejak penahanannya, ramai ahli politik, raja dan selebriti bersuara membela Ahed yang kini berusia 16 tahun. 

Menurut ayah Ahed, tindakan anak perempuannya yang dirakam di dalam video dan menjadi tular berlaku selepas tentera Israel menembak sepupunya yang berusia 14 tahun, Mohammed al-Tamimi dengan peluru getah tepat di mukanya.

Ketika ditembak pada 15 Disember lalu, Mohammed sedang membantah tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Jurusalem sebagai ibu negara Israel. Dia dilaporkan koma selepas tembakan tersebut.

Singapura mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara Israel sejak tahun 1966, selepas penasihat tentera Israel membantu penubuhan tentera Singapura.

Namun begitu, republik itu merupakan antara 128 negara-negara dunia yang mengundi di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bulan lalu, bagi menolak pengiktirafan Jurusalem sebagai Ibu Negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

3 Comments

  1. Mohon dimaafkan sebelumnya....!! terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak dan suami di tinggal di kampung. Sy dulu 4 tahun 5 bulan tinggal di Taichung Taiwan.. hanya jeritan batin dan tetes air mata selalu menharap. tp tdk ada hasilnya sm sekali. Cuman gali lobang tutup lobang trus. dulu.. pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak ada yg tau. Yg penting kita betul-betul yakin dan percaya Pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhanlah yg menentukan. Kebetulan waktu itu sy istirahat di kamar buka facebook dapt nmor telpon Mbah Suroto di halaman tki sukses. setelah sy baca ternyata beliau murid Eyang Guru Jugo dari gunung kawi. dengan adanya Pesugihan Dana Ghaib ini dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 2D sampai 6D pilihan..., sy memilih jalan Pesugihan Dana Ghaib saja karna tidak ada tumbal menumbal. alhamdulillah ternyata benar2 terbukti hasil nya dari Mbah. skrg sy bsa buka usaha kecil-kecilan di rumah.. ya allah terima kasih rejekimu ini yg enkau berikan. Mungkin ada teman pengen merubah nasib nya seperti sy. ini nomr nya Mbah Suroto +6282291277145 karna tidak ada salahnya kita berbagi. sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di perantauan. Trmksh

    ReplyDelete
  2. Bersama Kami Agen Bolavita Game Online Terpercaya
    Dapatkan Promo Bonus Yang Menarik
    Langsung Saja Kunjungi www(titik)bolavita(titik)org
    Untuk Info Lebih Lanjut Bisa Hubungi :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete
  3. Gabung Bersama kami Di BOLAVITA permainan yang " SANGAT MENARIK "
    BBM: D8C363CA (NEW), D1A1E6DF (NEW), D8DB1C57 (NEW) whatup : 6281377055002

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan