Kapal Mewah Jho Low kena Rampas di Bali, Indonesia [Video]

PIHAK berkuasa Indonesia hari ini merampas sebuah kapal mewah berharga RM1 billion yang mana Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa ia dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) lapor Reuters.


Kapal Mewah Jho Low

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Kapal mewah yang diberi nama Equanimity (Ketenangan) berharga USD260 juta itu didakwa dibeli oleh Jho Taek Low atau nama popularnya "Jho Low" rakan perdana menteri Malaysia, yang disebut oleh DoJ sebagai dalang utama skim bagi menggelapkan dana kerajaan Malaysia melalui 1MDB.


Kapal mewah itu yang berlabuh di sebuah perairan berdekatan dengan Pulau Bali, boleh memuatkan seramai 26 penumpang dan 33 krew anak kapal, malah turut mempunyai landasan helikopter.


"Sejak semalam kami sedang menyiasat anak-anak kapal dan kini kami mengambil tindakan selepas menerima arahan dari mahkamah untuk merampas kapal mewah itu," kata Agung Setya, Pengarah Biro Penyiasatan Jenayah Khas dan Ekonomi Indonesia, dipetik oleh Metro TV.


Pada bulan Disember lalu, The Australian melaporkan bahawa Jho Low sering membahagikan masanya di antara kapal Equanimty dan hotel mewah di Shanghai.


Laporan itu menyebut, individu dikehendaki berhubung siasatan antarabangsa 1MDB itu telah berlayar dan berlegar di lautan Asia Selatan, dan berhenti di Cambodia, Thailand, Bali dan beberapa pulau-pulau kecil di Indonesia sejak enam bulan lepas.


"... di tengah-tengah laporan bahawa dia akan ditahan dan didakwa dalam beberapa minggu atau bulan akan datang, berhubung siasatan antarabangsa, Jho Low dikatakan membahagikan masanya di antara Equanimity yang mempunyai hiasan dalaman bersadur emas, dan Hotel Peninsula yang mewah di Shang Hai, dan menghadap laut," tulis laporan itu.


Laporan itu turut memetik dokumen mahkamah Amerika Syarikat yang mengatakan, ketika "bersandiwara" di atas kapal Equanimity dalam tahun 2014, Jho Low telah memberikan teman wanitanya, seorang supermodel Australia Miranda Kerr, sebuah perhiasan berlian berharga USD2 juta (RM8 juta). 


Model itu bagaimanapun dilapor telah menyerahkan perhiasan itu kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.


Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) telah melancarkan satu penyiasatan jenayah terhadap dana yang didakwa telah diselewengkan daripada 1MDB dan telah memohon untuk menangguhkan saman sivil yang difailkan sejak 2 tahun lalu bagi merampas lebih daripada USD1 billion (RM4.3 bilion) hartanah dan aset-aset lain.


Dalam saman sivil itu, jabatan tersebut mendedahkan bahawa di antara tahun 2009 dan 2015, sejumlah lebih daripada USD4.5 bilion milik 1MDB telah diselewengkan oleh pegawai-pegawai tinggi syarikat itu dan rakan-rakan subahatnya.


Pada bulan Jun pula, DoJ telah mengambil satu lagi tindakan undang-undang untuk merampas aset aset berjumlah USD540 juta, termasuk kapal mewah Equanimity, dan hak cipta filem Dumb and Dumber To, yang diterbitkan oleh Red Granite, sebuah syarikat penerbitan yang juga dimiliki secara bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Najib Razak.

8 Comments

  1. malu besar besaran kat muka institusi Institusi dan rejim kleptokrat lu..malu le melayu islam lu..ape niii..ape dah jadi dgn negara lu..institusi lu rosak korup pasal pasangan mo1..bile nak bangun tidur niiii..kurang kurang polisi indon masih berwibawa..red alert interpol pdrm lu tak nampak.. tak tau.. sumbat dedak..

    rejim kleptokrat lu “pondan” Robert K.. buat kawan2 antarabangsa Robert marahhh lorrr... Tangkap Jholow Tangkap Rizal..next Tangkap Tangkap Tangkap MO1..

    ReplyDelete
  2. Melayu masih relax aje. Tak paham sebende. Asal dpt BriM dan boleh tgk hiburan astro melayu dan lawak bodoh

    ReplyDelete
  3. Ayo gabung dengan situs agen judi online terpercaya
    Hanya di www(titik)bolavita(titik)org
    Bisa juga hubungi, info :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete
  4. Tudung penutup kopek Neelofa lebih penting kepada orang Melayu Islam.

    ReplyDelete
  5. rampas seluruh tanah melayu nie sebelum dilelong secara borong kepada china!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Oh, ini ya yang kapal pesiar ditangkap itu....malah baru lihat setelah dengar dengar lama..Soalnya kapal asing sih... jadi tidak cek ke Google...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan