Kerajaan patut benarkan ganja untuk perubatan — ADUN PKR

PUTRAJAYA dilapor patut mempertimbang untuk membenar penggunaan ganja bagi tujuan perubatan terutama kepada para pesakit kanser kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee.

Menurutnya semakin ramai orang dikesan menghidapi kanser setiap tahun sementara itu, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia menganggarkan satu daripada empat rakyat Malaysia mula menghidap kanser pada umur 75 tahun.

"Penggunaan ganja untuk merawat simptom kanser sudah bermula sejak sekurang-kurangnya 3,000 tahun lalu, menurut Institut Kanser di Amerika Syarikat," kata Ong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau yakin penggunaan cannabinoid, sejenis bahan aktif yang ditemui dalam marijuana, membantu mengurangkan sakit, kejang, bengkak dan sawan.


Menurut beliau negara-negara seperti Kanada Australia dan United Kingdom samada telah membenarkan ataupun memulakan proses mengkaji bagi membenarkan ganja perubatan.

Malaysia boleh belajar dari negara-negara ini dan hasil dari penggunaan yang mereka luluskan, sebelum melaksanakannya di negara kita tambahnya.

"Bagaimanapun lebih banyak kajian dan penyelidikan perlu dibuat sebelum sebarang ganja perubatan dilulus untuk digunakan supaya ia tidak membuka ruang kepada penyalahgunaan," katanya.

Menurutnya negara jiran Thailand juga telah menzahirkan minat untuk membenarkan kajian terhadap kesan ganja kepada manusia.

"Malaysia tidak patut jauh ketinggalan di belakang, kita juga patut bergerak dengan berhati-hati dan memastikan sebarang perubahan dibuat adalah di dalam konteks Malaysia," katanya.

Beliaulah yakin bahawa menyahjenayah marijuana adalah langkah logik seterusnya di dalam undang-undang berkaitan penjagaan kesihatan.

Beliau mencadangkan menanam marijuana juga boleh memberikan satu lagi sumber hasil kepada negara kita.

"Bertentangan dengan dadah buatan, marijuana sekiranya diurus dengan betul, diketahui umum sebagai satu sumber penyembuhan semulajadi dan memiliki nilai-nilai perubatan,"

Ong percaya bahawa minyak kanabis dan marijuana pada masa kini boleh didapati oleh pesakit-pesakit kanser menerusi sumber-sumber yang tidak dikawal kerajaan.

"Kita patut mengkajinya, dan melihat kepada penggunaan minyak kanabis sebagai rawatan meredakan kesakitan kanser daripada memilih penggunaan dadah sintetik yang boleh memberikan pelbagai kesan sampingan," katanya.

Menurut peguam itu, di bawah Akta Dadah Merbahaya Malaysia 1952, sejumlah 400g marijuana sudah boleh dianggap sebagai pengedaran dadah yang membawa kepada satu hukuman mati.

"Paling kurang kita perlu mengkelaskan semula kanabis dan membenarkannya untuk penggunaan terkawal, dan melihat kembali kes-kes berkaitan cannabis bagi meminda pertuduhan-pertuduhan dan penghakiman," katanya.

Beliau juga menyeru supaya Akta Dadah Berbahaya 1952 disemak semula.

Beliau kemudiannya merujuk kepada kes lelaki berusia 29 tahun, Muhammad Luqman yang telah dijatuhkan hukuman mati di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan mengedar dadah dalam bentuk minyak kanabis untuk perubatan.

Beliau turut memuji Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meminta agar sabitan bersalah disemak semula, dan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, yang memohon pengampunan untuk Muhammad Luqman.

Menurutnya, Menteri Air,Tanah, dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar juga menggesa reformasi untuk undang-undang yang mengawal marijuana untuk perubatan.

"Saya merasa bertanggungjawab, dalam kapasiti saya sebagai seorang peguam dan seorang ahli dewan undangan negeri, untuk menyokong gerakan ini kerana niat Muhammad Luqman memiliki ganja tidak lain untuk tujuan perubatan dan bukanlah untuk penggunaan santai," katanya.

Katanya masih banyak perlu dipelajari tentang perubatan ganja, dan faedahnya mungkin melangkaui risiko.

"Oleh kerana menghalalkan dadah yang masih haram pada masa ini, mempunyai kebarangkalian besar di masa hadapan, ayah kita tunjukkan belas ehsan, dan kemanusiaan terhadap Muhammad Lukman kerana beliau berhak mendapat pembelaan," cadangnya.

Countries such as Switzerland, Russia and Uruguay have decriminalised marijuana while Canada recently legalised recreational marijuana.

Negara-negara seperti Switzerland, Russia dan Uruguay telah menyahjenayahkan marijuana sementara Canada kini membenarkan, penggunaan ganja untuk rekreasi.

2 Comments

  1. Kanada baru je legalize cannabis kat public. Amacam mau ikut juga ka? MAkan jeruk buah ajelah.

    ***

    Agen jualan seluruh Malaysia diperlukan. Sila hubungi 01162003969 untuk maklumat lanjut.

    http://jerukcherating.blogspot.com http://instagram.com/jerukcherating

    ReplyDelete
  2. tembakau dengan cannabis mana lagi bahaya ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan