Keretapi berlanggar di Tanjung Malim

KEMALANGAN dilaporkan berlaku di mana sebuah kereta api kargo, dan komuter KTMB berlanggar di stesen keretapi Tanjung Malim pada pagi hari Khamis (18 Oktober), dan dijangka mengakibatkan kelewatan perkhidmatan keretapi di kawasan utara.


Perkhidmatan KTM bagi laluan Tanjung Malim ke Kepong juga dilaporkan terjejas.

Jurucakap KTMB dipetik dari halaman Facebook memberitahu bahawa kejadian itu berlaku pada sekitar jam 6 pagi. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

"Gangguan perkhidmatan hanya melibatkan 1 laluan iaitu di antara Tanjung Malim dan Kuala Kubu Baru. Sementara perkhidmatan ETS bahagian utara akan mengalami kelewatan di antara 10 hingga 15 minit," katanya.

"Perkhidmatan tren KTM di antara Tanjung Malim dan Kepong juga terganggu di antara 20 dan 30 minit," katanya.


Tambahnya lagi, laluan perkhidmatan dari Kuala Lumpur Sentral ke Pelabuhan Klang, dan dari Batu Caves ke Pulau Sebang beroperasi seperti biasa. Kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan