Lebih ramai pemimpin Umno dan BN akan ditahan — Tun M

LEBIH ramai pemimpin Umno dan Barisan Nasional akan ditahan dan didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan yang dilakukan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Apa yang kita lihat hari ini, sudah tentu pendakwaan dibuat terhadap beberapa orang, sebenarnya ramai lagi."

"Kita tak boleh bawa semua orang ke mahkamah sekaligus."

"Kita terpaksa bawa mereka satu persatu, dan kesalahan paling serius adalah bekas perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," kata Dr Mahathir pada hari Khamis (25 Oktober).



Menurut beliau ini adalah salah satu langkah diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dibuat oleh pentadbiran Barisan Nasional yang lalu.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan serigar Abdullah dan Najib telah didakwa hari ini (25 Oktober) atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion, RM655 juta, RM220 juta, RM1.3 bilion, RMB1.95 bilion (RM1.261 bilion) dan RM2 bilion.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan di mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pagi ini.

Kata Dr Mahathir negara menderita hampir sembilan tahun kerana kerajaan pada masa itu tidak peduli kepada rakyat.

"Mereka lakukan pelbagai perkara salah. Tapi biasa apabila kamu langgar undang-undang, maka kamu harus berdepan akibatnya," katanya.

Post a Comment

0 Comments