Lokman Adam kena gelak tak tahu beza Wikileaks dan Wikipedia

LOKMAN Adam antara pemimpin Umno paling agresif mengkritik pentadbiran Pakatan Harapan sejak Barisan Nasional dikalahkan, kali ini jadi "bahan gelak" di media sosial lantaran salah satu kiriman di facebook beliau.

Mana tidaknya, dalam kiriman itu Lokman mendakwa kononnya laman web pembocor maklumat Wikileaks mendakwa Tun Mahathir sebagai individu kedua terkaya dunia selepas Hosni Mubarak, namun dokumen yang dirujuk adalah dari Wikipedia.

Berikut 'screenshot' dari Facebook Lokman Adam.



Namun kalau kita besarkan dokumen yang dirujuk oleh Lokman Adam itu, ia sebenarnya merupakan maklumat yang diambil dari laman web Wikipedia.



*** Jika anda 'print' maklumat dari internet, sistem printer akan mencetak maklumat dari sumber mana dokumen itu dicetak.

Maka secara tak langsung Lokman Adam telah 'terkantoi' membuat cerita bohong secara sedar ataupun tidak, sekaligus jadi bahan ketawa netizen di media sosial Twitter dan Facebook.

Ada dua kemungkinan di sini, sama ada Lokman memang sengaja berpura-pura bodoh untuk menarik perhatian, ataupun dia memang betul-betul bodoh.

Post a Comment

0 Comments