Pelakon Ellie Suriati mengaku kemurungan seminggu sebab Umno jatuh

PENGARAH dan pelakon Ellie Suriati Omar dilapor mengakui dirinya dilanda kemurungan selepas kekalahan BN pada 9 Mei 2018 dalam pilihan raya umum ke-14.

"Saya kemurungan selama seminggu. Sebelum ini saya tidak terlibat dalam politik dan saya tak pernah hadir majlis-majlis Umno, namun saya sangat terkesan apabila Umno jatuh," katanya.

Namun Ellie tidak terkesan dengan tindak balas orang ramai terhadapnya selepas dia menunjukkan sokongan berapi-api kepada Datuk Seri Najib Razak.

Ellie, 48 merupakan antara individu yang sering dilihat membuat ucapan menyokong Najib di kompleks mahkamah setiap kali bekas perdana menteri itu menghadiri perbicaraan.



Ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, menurut Ellie artis juga mempunyai hak yang sama untuk mempertahankan pandangan politik mereka.

"Apabila artis meluahkan pandangan politik mereka, orang ramai nampaknya terkejut. Sebagai seorang artis saya juga ada tanggungjawab," katanya.

"Walaupun mungkin nampak seperti saya melakukan pengorbanan di sini, saya fikir ia tidak memberi apa-apa kesan kepada saya. Saya masih lagi aktif dalam industri."

"Saya merasakan ada sebab Tuhan letakkan saya di jalan ini," katanya.

Pelakon Paloh itu menggambarkan Najib sebagai seorang pemimpin yang dinamik.

"Bagi saya beliau tidak boleh ditukar ganti. Malah bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd mengatakan Najib cemerlang,"

"Tetapi rakyat gagal untuk menghargai beliau dan mereka telah terpengaruh dengan perang persepsi," katanya.

Post a Comment

9 Comments

  1. memang idiot ko ni ..penyamun pun ko tak kenal...kikikiki

    ReplyDelete
  2. Kalau perasan dia dah kurang berlakon sbb modal dah takda 'papa' kesayangan tak bagi modal

    ReplyDelete
  3. masuk je mahkamah jd saksi bela najib. mnyalak luar mahkamah nnti dihalau polis buat bising mcm pasar.

    klu tkde kredibiliti sebagai saksi biatkn mahkamah bicarakn. jgn kerana kepentingan peribadi kamu membela sesuatu kamu tk tau.

    sudah tentu najib ada jasanya tp tkblh mnghalang beliau dibicara atas kesalahannya.

    ini bkn perang persepsi. contohnya tkde sapa yg claim kapal jholow klu benar ia bkn dr duit 1mdb. kot2 najib kluarkn dokumen lps ni tktaulah.

    ReplyDelete
  4. Agaknya dah mental tino ni......

    ReplyDelete
  5. kau jadi gila terus kan bagus....pastu kau terlalak tgh jalan berbogel pun org tak kasi pot wakakakaka

    ReplyDelete
  6. Aku ni penyokong tegar Umno lebih dulu dari engkau...dik oiii. Tapi aku boleh terima kekalahan Umno dengan sebab-sebab tertentu. Kalau Umno ni sebagai baju...perlu dicuci atau ganti sebab terlalu kotor. Lagi satu aku tak meroyan sebab aku tak terima dedak macam orang lain...ada faham...bahalol!!!!

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda