Timbalan Speaker Dewan Rakyat tegur menteri dan timbalan tak hadir sidang parlimen

JEMAAH menteri dan timbalan sepatutnya lebih berdisiplin dan hadir Sidang Parlimen seperti yang dijadualkan, kata timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Selepas ketiadaan Menteri Dalam Negeri dan timbalannya untuk menjawab soalan di parlimen hari ini, Mohd Rashid dilaporkan berkata menteri-menteri dan timbalan perlu menyelaraskan program mereka supaya dapat hadir di Dewan Rakyat.

"Menteri dan timbalan sibuk dan mereka mempunyai jadual masa bila harus hadir di Dewan Rakyat, terutama ketika persidangan.



"Tapi mereka perlu berdisiplin dan menyusun masa, jika menteri tak boleh hadir jadi timbalan patut hadir," kata beliau kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Post a Comment

0 Comments