Ahli PKR datang mengundi pakai baju, topi dan payung BN

SUASANA pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Cabang Julau, Sarawak hari ini menarik perhatian ramai apabila beberapa pengundi yang dipercayai ahli parti itu, dilihat mempamerkan logo Barisan Nasional pada baju, topi dan payung yang dibawa ketika hadir membuang undi.

Beberapa keping gambar tersebar di media sosial Facebook dan Twitter, menimbulkan rasa lucu kepada netizen.

Secara tak langsung dapat kita fahami di sini bahawa pengundi-pengundi ini, yang diberikan hak untuk mengundi pemimpin Parti Keadilan Rakyat di peringkat Cabang dan Pusat, sebenarnya tidak faham pun apa yang sedang mereka lakukan.



Mereka tak tahu pun bahawa Parti Keadilan Rakyat dan Barisan Nasional itu adalah dua parti yang saling berseteru.



Selepas kemenangan Pakatan Harapan di bawah logo Parti Keadilan Rakyat mengalahkan Barisan Nasional pada 9 Mei yang lalu, berbondong-bondong orang dilapor didaftarkan sebagai ahli KEADILAN.



Peningkatan ahli KEADILAN di seluruh negara meningkat lebih 100% dan mereka ini terdiri daripada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, temasuklah bekas penyokong-penyokong Barisan Nasional.



*** "Ahli KEADILAN yang tulen, akan merasa malu dan tak sanggup nak pakai payung BN di kala hujan, apatah lagi nak pakai t-shirt BN,"

4 Comments

  1. Saya tidak fikir begitu, sebaliknya percaya bahawa kesempitan hidup membuatkan mereka mencapai apa sahaja peralatan (payung, baju, topi) yang dapat memudahkan urusan kehidupan harian mereka. Soal lambang, sudah menjadi perkara yang entah ke berapa. Bukan semua begitu, tetapi sebahagian. Saya pernah berada dalam keluarga miskin pada masa yang lalu dan itulah yang ibu bapa saya lakukan. Ini sekadar pandangan peribadi. Harap maaf.

    ReplyDelete
  2. Memang mereka ini adalah rakyat peringkat terbawah.Apa sahaja yang diberikan akan menjadi kegunaan mereka seharian. Rakyat macam inilah yang selalu ditipu dan dibuli oleh para pemimpin .... harap pemimpin yang dipilih tidak mengenepikan golongan ini selepas berjaya....

    ReplyDelete
  3. satu sudut pandang yang sangat menarik untuk dikaji

    ReplyDelete
  4. Saudara I dan Saudara Dari Balik Cermin, betul. Malaysia sangat memerlukan pemimpin yang jujur. Perkara ini perlu dikaji. Kalau tidak kita tidak mampu pergi lebih jauh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan