Budak Melayu mati dibelasah depan Kuil sebenarnya gambar kemalangan jalanraya

ADA pihak tertentu nampaknya cuba "menangguk di air keruh," menyebarkan berita kononnya ada dua orang budak Melayu menunggang motorsikal telah mati dibelasah depan Kuil Sri Maha Mariamman USJ15, Putra Height tempat berlakunya rusuhan semalam.



Info itu disebarkan dengan begitu meluas menerusi Facebook dan aplikasi WhatsApp. Di bawah ini antara sebaran yang dilakukan.

Berita Palsu

Dalam salah satu kiriman, machai itu turut menyalahkan 'atuk' (gelaran untuk Tun Mahathir) dan meminta 'atuk' meletak jawatan sebagai tanggungjawab terhadap kematian remaja tersebut.

Namun bila disemak 'Machai' tidak bertanggungjawab ini sebenarnya sengaja gunakan gambar kemalangan jalan raya yang berlaku kelmarin untuk mengapi-apikan semangat perkauman.

kemalangan

Walaupun sudah diberitahu berulang kali bahawa info yang disebarkan itu adalah info palsu dia tak peduli, langsung tak ada niat nak mohon maaf atau memadam kiriman yang dibuat.

Tidak dinafikan, memang ada dua orang budak menunggang motorsikal dibelasah oleh perusuh beramai-ramai, namun kejadian itu tiada kaitan dengan gambar yang disebarkan oleh machai di atas. Di bawah ini video rakaman budak berkenaan.



Kasihan keluarga mangsa kemalangan dalam gambar tu, belum berhenti air mata mengalir, gambar keluarganya yang terkorban sudah dijadikan bahan memfitnah untuk mengapi-apikan isu perkauman oleh machai yang tak ada otak.

Berhubung nasib budak yang kena belasah depan kuil tu pulak, kedua-duanya disahkan selamat. Sila rujuk link di bawah.

BACA - Apa nasib budak kena belasah depan kuil

2 Comments

  1. Ada kemungkinan macai hanya bertujuan untuk melekehkan Tun Mahathir.

    Kerana benci nya pada Tun Mahathir, Macai tidak merasa simpati langsung pada arwah keluarga yang kehilangan ahli keluarga yang di kasihi. Se olah-olah jika perkara yang sama berlaku pada keluarga nya, di boleh kan. Apa jenis manusia hidup macam ini ?

    Waris keluarga perlu ambil tindakan dengan membuat lapuran polis.

    ReplyDelete
  2. Video bawah tu pulak kemalangan macammana???

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan