Dua bangkai kereta depan Seafield Temple pula dibakar

MASUK hari kedua orang ramai berhimpun, dua bangkai kereta pula dibakar depan Kuil Sri Maha Mariamman, yang juga dikenali sebagai "Seafield Temple" terletak di USJ 25 malam tadi.

Tepukan dan sorakan boleh didengar di kalangan orang ramai yang mengelilingi bangkai kereta sedang terbakar itu. Salah satu terletak di kawasan halaman kuil, manakala satu lagi di tepi jalan.

Kereta dibakar

Difahamkan bangkai kereta terbabit yang dibakar memang berada di situ sejak rusuhan awal pagi semalam di antara penganut Hindu dengan sekumpulan penyerang.

Pada jam 1 pagi, kehadiran orang ramai melimpah sehingga masuk ke kawasan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) bersebelahan dengan kuil berkenaan, sekaligus menghalang laluan penunggang motosikal yang melalui kawasan terbabit.

Difahamkan juga pihak polis telah menutup semua jalan menuju ke kuil, sebagai langkah keselamatan.

Unit Udara polis turut ditempatkan di sana, dengan sebuah helikopter dilihat melakukan rondaan ruang udara berdekatan.

Situasi di tempat kejadian kekal tegang di mana banyak kumpulan individu berkumpul di kedua-dua bahagian Jalan Lebuhraya LDP.

Orang ramai yang hadir dilihat meletakkan motorsikal dan kenderaan mereka di atas Lebuhraya.

Terdahulu sejumlah 7 buah lori Polis Simpanan Persekutuan (FRU) membawa kakitangan bersenjata tiba di kawasan kejadian hampir ke pukul 11 malam tadi untuk mengawal keadaan.

Kakitangan polis dilihat berundur dari pintu masuk Utama ke kuil menuju ke lebuh raya di mana lori FRU diletakkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan