Edi Rejang kena buang kerja selepas maki gadis promoter arak

EDI Rejang, lelaki dalam rakaman video yang memaki gadis 'promoter' arak, didakwa kena buang kerja serta merta selepas perbuatannya itu tersebar di media sosial.

Edi Rejang yang telah bekerja selama 10 tahun di syarikat berkenaan juga dikatakan menangis teresak-esak mengadu hal itu kepada salah seorang rakannya.

"Saya bukan nak sokong Edi. Tapi hari ini, Edi Rejang jumpa saya menangis teresak, syarikat yang dia kerja selama 10 tahun buang dia serta merta," tulis @fiqsunny Twitter, kawan kepada Edi Rejang.



Rakan Edi itu turut menceritakan serba sedikit latar belakang Edi Rejang di akaun twitter berkenaan.

"Mengenai isu Edi Rejang. Dia kenalan saya di flat. apabila viral isu berkenaan saya terkejut dan kesal dengan tindakan berkenaan." tulisnya memulakan cerita.

"Tapi hari ini saya berkesempatan pulang ke flat dan temui beliau. Beliau menangis terisak."

"Saya cerita peribadi, Edi Rejang. Saya tak berapa rapat tapi kenal. Bila kau tinggal flat, semangat toleransi kau lebih tinggi dari tempat lain. Sering Saya tengok dia bantu orang lain. Dia urus keluarga dengan baik."

"Setiap hari saya akan nampak dia hantar anak ke sekolah. Anak dia sekolah jenis Kebangsaan, sekolah cina. Edi Rejang mungkin tak berpendidikan, tapi dia tak lupa beri pendidikan terbaik kepada anak-anak,"

"Saya bukan nak sokong Edi. tapi hari ini Edi Rejang jumpa saya menangis teresak syarikat yang dia kerja selama 10 tahun buang dia serta merta,"

"Isteri tak kerja. Edi Rejang ada anak-anak yang perlu ditanggung. Edi Rejang mungkin bodoh tapi macam mana nasib anak dan isteri,"

"Edi Rejang hanya maki seorang. Tapi Edi Rejang dan keluarga dimaki bertubi-tubi oleh ribuan masyarakat. Wajah dia terpampang di pelbagai media. Ini harga yang patut dia terima hasil kebodohan dia."

"Saya berani jamin tindakan Edi Rejang bukanlah mempunyai sebarang motif politik hanya kebodohan melulu beliau."

"Saya cuma buat kebaikan fikirkan nasib keluarga Edi Rejang Saya tak mahu bela perkara dan kebodohan Edi Rejang. Saya hanya mahu pastikan kebodohan beliau tidak diwarisi," tulisnya.

Edi Rejang telah memohon maaf secara terbuka melalui rakaman video yang tersebar sebelum ini.

BACA — Edi Rejang mohon maaf secara terbuka

16 Comments

  1. kesian memang la kesian juga .tp tu la.sudah terhantuk baru tergadah..lain kali berhati hati sikit apa bila bertutur kata .malaysia ni berbilang kaum.hormat menghormati antara satu.adalah kebih afdal aman damai .sama2 mencari rezeki.

    ReplyDelete
  2. Telajak perahu boleh d undudr.. T'lajak kata cmna nak undur bro? Tulahh.. Kan dah mngenaaa.. Lain kali fikir guna otak dlu..

    ReplyDelete
  3. Bak kata pepatah" buang yang keruh, ambil yang jernih". Benda dh jadi nk buat macamana lg kan.. Ambil lah ini sebagai satu iktibar untuk kita semua. Semoga ianya tak akan berulang lagi. Peace for all Malaysian..

    ReplyDelete
  4. aku tak sokong belah mana2... tapi dr apa yg aku faham dan baca kesalahan tu datangnya dr edi rejang sndiri... kononnya sebagai rakyat malaysia dan bangsa melayu...tapi edi kena buang kerja ni majikan dia cina atau melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majikan dia Melayu sama tempat kerja jiran dia

      Delete
    2. Majikan Melayu ke Cina,tak penting. Kalau saya jadi majikan, masa interview dulu saya dah halau keluar. Ini dah dibagi rezeki 10 tahu, dapat menyara anak bini masih tak bersyukur. Memang bodoh haprak. Tengok muka pun sudah tahu...muka racist, masuk hutan duduk dengan kera lah..bikin malu sama orang Sungai Rejang saja.

      Delete
  5. Yang sudah berlaku...biarlah berlaku... bukalah lembaran baru. Cari keja lain yang mungkin lebih baik dan sesuai dengan jiwa edi... Sebab itu kena ada pertimbangan sebelum memalukan orang lain. Perbuatan edi minta maaf dah bagus. Insyaallah... ada rezeki lain yg lebih barakahnya... Sabolah... dunia belum berakhir. Ada tulang 4 kerat dan masih berdaya... Allah akan menolong...

    ReplyDelete
  6. Kesalahan dia tak ada kene mengena dgn pekerjaan dia. Lagipun tak cukup lagikah beribu2 netizen maki hamun dia berbanding dia maki sekali je .... talking about overkill.

    Mintak Edi report ke pejabat buruh atas alasan unlawful dismissal.

    Tapi at the same time carilah kerja lain dgn majikan yg tak rasis.

    ReplyDelete
  7. Edi kesalahanmu tidak seberapa dibanding sehingga diberhentikan kerja. Berserahlah pada Allah rujuk ayat 40:60 berdoalah inshaa Allah akan diperkenankan. Kesalahan dan kesilapan akan mendewasakan kita. Terus teguh Edi!!jangan putus asa...!

    ReplyDelete
  8. kena buang kerja sebab tu tak da sebab munasabah

    ReplyDelete
  9. Kerja ada di mana mana..rezeki allah bagi...mungkin rezeki ada di tempat lain.

    ReplyDelete
  10. Maafkan je laa.. Kesian kluarga dia.. Harap xberulang lagi.

    ReplyDelete
  11. Allah Taala jadikan otak untuk berfikir. Tapi kalu guna kepala lutut, inilah akibatnya.

    Tak payah nak sedih menangis... budaya tunjuk isyarat lucah tu dari filem Yahudi... itu yang bangsa Melayu dok amalkan la ni.... adoilah...

    Lagi mau kutuk orang kafir, tapi sendiri ikut perangai kafir.... buat malu orang Melayu ja...

    ReplyDelete
  12. mula meluat juga lah dgn si edi ni dan sya salah seorang yg turut maki dia..tpi kesian juga sampai kena buang keja..kpd si edi rujuk juga dri segi perundangan sah atau tidak diberhentikan keja atas kelakuan di luar tempat bertugas..kesian anak bini yg tak tau apa2..ni zmn semua kna pakai duit.

    ReplyDelete
  13. Salah tetap Salah.. Malaysia Ada undang2.. jadi apa yg u buat semua Tu tanggung sendiri.. org X kacau u.. jgn u kacau org

    ReplyDelete
  14. Mana pejuang ketuanan melayu yg dah kaya raya sapu kiri kanan. Takkan tak boleh tolong mamat ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan