Himpunan ICERD 8 Disember "gimik politik nakal" kata Anwar Ibrahim

JIKA pembangkang mahu menganjurkan perhimpunan besar, mereka patut fokus kepada isu yang lebih relevan berbanding isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Pembasmian Sebarang Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Kerajaan telah membuat keputusan yang sangat jelas untuk tidak meratifikasi ICERD, sebarang rancangan berhimpun berhubung perkara itu tidak lain sekadar "gimik politik yang nakal,".

Anwar Ibrahim

"Keputusan kerajaan sangat jelas, kita telah berbincang dan menolak (ratifikasi ICERD). Sekiranya (pembangkang) mahu terus berhimpun (membantah Ratifikasi ICERD), ia jelas sekali satu gimik politik yang nakal," katanya.

"Apa lagi yang nak dibantah?" soalnya.

"Rakyat Malaysia ada hak untuk membantah, tapi saya harap mereka ada sebab yang munasabah,"

"Saya terlibat di dalam banyak himpunan sebelum ini. Kami berhimpun bantah ISA, dan mahu pilihan raya bersih, kita bantah kezaliman," katanya dalam satu sidang media hari ini lapor NST.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam kerajaan telah mengumumkan tidak akan meratifikasi ICERD.

Pejabat Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus menjunjung perlembagaan persekutuan dan perjanjian kontrak sosial yang telah dipersetujui sekian lama.

BACA — Kerajaan tidak akan ratifikasi ICERD

Mengulas tentang pengumuman itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, meskipun mereka mengalu-alukan keputusan itu, pembangkang akan meneruskan himpunan seperti dirancangkan pada 8 Disember, untuk meraikan kemenangan di dalam menolak ICERD.

BACA — Himpunan ICERD 8 Disember diteruskan

Anwar turut memberi maklum balas terhadap kenyataan Lawyers for Liberty yang mempersoalkan keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD. Kata beliau keputusan itu dibuat berdasarkan keselamatan negara.

"Sudah jelas kerajaan akan mempertahankan rakyat dari sebarang bentuk diskriminasi. Fokus kita sekarang untuk membangunkan institusi," katanya.

Post a Comment

5 Comments

  1. Semasa PRU, setelah di umum kan PH menang dan PAS yang menang di Terengganu, mengapa kemenangan itu tidak di raikan dengan cara berdemo ?

    Sedangkan PAS mempunyai alasan yang kuat untuk meraikan nya sedangkan penyokong PH tidak berani meraikannya kerana tidak mahu menimbulkan kekacauan.

    Bukan kah merai kemenangan lebih tepat dari merai isu ICERD?

    Dalam isu ICERD tidak ada apa-apa pun yang perlu di rai kan kerana kalau ada yang menitik pun cuma peluh berjemur bawah terik matahari. Setitik darah pun tak keluar. Pemimpin dan penganjur pun tidak di ganggu seperti mana semasa BN, di mana mereka di tahan untuk di soal-siasat beberapa kali.

    Malah UMNO sendiri menubuh NGO untuk turut berdemo pada hari yang sama. Demo PASUMNO langsung tidak ujud keteganggan seperti mana demo PH sebelum ini.

    Jadi apa guna PASUMNO berdemo jika tidak hanya satu gimik seperti peserta Maharaja Lawak ?

    ReplyDelete
  2. Gimik penyokong ketuanan melayu jaguh penyamun dan 'pejuang islam' palsu

    ReplyDelete
  3. Adakah selepas ini pengikut2 PAS dan pentaksub2 ulamak PAS akn mula mengadakn majlis kesyukuran dan kenduri kendara kesyukuran kat jalan2 raya, kat tengah2 dataran kg2 dan bukan lg dirumah dan dimasjid2 kononnya mengikut tauladan dan fatwa baru ulamak mereka?

    ReplyDelete
  4. Anwar Ibrahim...pigi dah!!!!!

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda