Himpunan ICERD 8 Disember tetap diteruskan

SEPERTI dijangka, Perhimpunan Bantah ICERD yang akan diadakan pada 8 Disember ini tetap akan diteruskan walaupun kerajaan hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi tidak akan meratifikasikan ICERD.

Menurut penganjur, Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD 8 Disember ini, ia akan tetap diteruskan namun pengisian berbeza iaitu lebih kepada meraikan keputusan terkini Putrajaya yang tidak akan menerima ICERD.

Timbalan pengerusi gerakan pembela ummah yang juga pengarah himpunan, Kamaruzaman Mohamad dilaporkan berkata ia bagi memperlihatkan solidariti mereka terhadap kemakmuran dan keharmonian negara.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut dilaporkan senada memberitahu bahawa himpunan itu akan bertukar format kepada meraikan kejayaan dan kesyukuran rakyat menolak ICERD.

Tuan Ibrahim

Umno dalam pada itu dilapor akan menghentikan perdebatan umum mengenai isu ICERD. Timbalan presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan kerajaan itu sekaligus menghapuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat yang sedang berlaku kini.

"Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya pihak kerajaan menyedari bahawa meratifikasi ICERD itu tidak akan mendatangkan faedah apa-apa kepada negara, bahkan ia lebih memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan dalam negara,"

"Kerana keresahan-keresahan terutama di kalangan Melayu dan bumiputera tergugatnya perlembagaan negara saya ucap tahniah dan terima kasih kepada perdana menteri YAB Tun Mahathir kerana mengambil langkah ini segera," katanya.

Post a Comment

4 Comments

  1. Tak ada modal lain tp nak buat perhimpunan jg. Ikut suka kaulah labu

    ReplyDelete
  2. Ngape masa bn in power x tentang pn.
    Lobai tido ke x paham icerd pd masa tu.

    ReplyDelete
  3. dgn kuasa rakyat PH boleh naik dan PH juga boleh tumbang. Sepertimana slogan yg digunakan dahulu Rakyat Hakim Negara. DAP sila berhati2 setiap sudut di dlm hati DAP dipertonton oleh rakyat...

    Yng dikatakan dan dituduh sebgai khadam DAP dahulu kini benar2 terlihat seperti khadam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2011 Azalina antara Yg bentang icerd dlm parlimen. Mane lebai pas. 2015 dibincang sekali lagi oleh BN , Kenapa tak salahkan Gerakkan Dan mca... Pas Yg Jadi hamba BN, dap plak Yg Salah.

      Delete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda