Kaedah bayaran PTPTN akan diumumkan bulan Disember

SATU pengumuman tentang kaedah peminjam boleh membuat pembayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibuat dalam bulan Disember.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata pihaknya sedang merancang kaedah terbaik untuk peminjam membayar balik pinjaman mereka tanpa membebankan.

Wan Saiful Wan Jan

"Sebaik sahaja selepas pembentangkan bajet 2019, terdapat beberapa perkara berkaitan dengan PTPTN."

"Kami sedang menunggu informasi perlu dan dasar-dasar yang boleh kami gunakan untuk merancang," katanya memberitahu wartawan selepas berucap dalam Seminar Pemerkasaan Integriti peringkat negeri pada hari Khamis (15 Nov).

"Kami juga akan mendapatkan maklum balas orang ramai bulan depan," katanya.

Berhubung bantahan kumpulan pelajar di depan parlimen pada hari rabu (14 November), menurut Wan Saiful Kerajaan telah menerima memorandum mereka dan tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah dibuat.

"Menteri Pendidikan telah menerima memorandum dan mengalu-alukan pendapat mereka. Kami juga akan melihat memorandum itu,"

"Saya juga jelas dalam pengumuman saya pada hari Sabtu, (10 Nov) janji itu tidak dapat dilaksanakan. Kami tidak akan laksanakannya," katanya.

Terdahulu Kerajaan Pakatan Harapan membenarkan penangguhan bayaran bagi peminjam PTPTN yang berpendapatan kurang atau sebanyak RM4,000 sebulan, bagi mengurangkan beban rakyat.

Namun ketika pembentangan bajet 2019 pada 2 November, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pembayaran balik pinjaman akan dipastikan melalui penolakan berjadual antara 2% hingga 15% daripada gaji peminjam yang memperoleh pendapatan lebih dari RM1,000 sebulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan