Kerajaan PH umum secara rasmi tak akan ratifikasi ICERD

KERAJAAN Pakatan Harapan Hari ini mengumumkan secara rasmi tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).



Kenyataan akhbar rasmi untuk siaran segera itu turut disiarkan melalui Twitter rasmi milik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir @chedetofficial.

"Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination of Racial Discrimination — ICERD)."




"Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini." tulis kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh 23 November 2018.

Sumber - ChedetOfficial

***

"Potong stim betul! Habis beribu t-shirt Bantah ICERD dah cetak siapa nak beli?"

4 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. PAS dan UMNO/BN dah kena main oleh PM. Kasihannya, kan? Hehehehheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya Mahathir mainkan Anwar sebab Anwar baru cakap di U perkara ini perlu kajian.

      Delete
  3. Saya nampak ini permainan Tun Mahathir untuk melemahkan orang Melayu, terutama semangat kesatuan yang telah dibina dalam isu ICERD yang telah berjaya mendapat sokongan jutaan rakyat.

    Freemason selalunya menggunakan taktik serangan ekonomi untuk lemahkan musuh mereka. Jadi seperti kata Tuan Guru Haji Hadi, presiden kita, ICERD adalah agenda Freemason, sebab itu tak hairan Tun Mahathir gunakan taktik Freemason untuk lemahkan ekonomi dan kesatuan Melayu.

    Lihat sahajalah, sebaik sahaja beratus ribu baju tshirt Bantah ICERD dicetak Tun Mahathir umumkan kerajaan tolak ICERD.

    Jadi di sini telah mengakibatkan kerugian besar kepada pengusaha-pengusaha tshirt berbangsa Melayu, yang sudah habis modal beratus ribu ringgit untuk cetak baju

    Sekarang himpunan dibatalkan, baju banyak-banyak siapa nak pakai?

    Kalau Tun M simpati kepada pengusaha baju berbangsa Melayu, tentu dia tangguhkan sedikit untuk but pengumuman tidak terima ICERD supaya orang ramai selesai beli baju.

    Jelas Tun Mahathir pengkhianat ekonomi Melayu!

    Pengkhianat Melayu!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan