Lori Bomba pula kena serang depan Kuil Seafield

HIMPUNAN depan Kuil Sri Maha Mariamman atau juga dikenali sebagai Kuil Seafield dilihat semakin bertukar ganas, apabila orang ramai dilihat menyerang sebuah lori bomba yang datang untuk memadamkan api kebakaran.



SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Pada awalnya mereka membakar 2 buah bangkai kereta yang berada di tempat kejadian sejak rusuhan berlaku awal pagi semalam.

BACA — Seafield Temple

Tidak lama selepas api yang membakar bangkai kereta berkenaan dilihat marak, dan beberapa kali letupan kedengaran, sebuah lori bomba datang difahamkan untuk memadamkan kebakaran berkenaan.

Namun orang ramai yang berkumpul dilihat menghalau lori bomba itu. Mereka melontar pelbagai objek ke arah lori bomba, sambil menjerit "Balik! Balik! Balik!" malah ada yang membawa kayu panjang dan memukul cermin hadapan lori bomba tersebut.

Di bawah ini rakaman video yang sempat diambil di tempat kejadian.


Dalam pada itu sumber berita Malay Mail melaporkan, himpunan orang ramai di depan kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam bertukar huru-hara, mereka mula melakukan aksi vandalisme.

Pada jam 2.10 am mereka mula bergerak ke bangunan One City yang jaraknya hanya sekitar satu kilometer dan mula membaling batu bagi memecahkan tingkap dan cermin bangunan terbabit.

cermin pecah

Malay Mail turut melaporkan, kumpulan yang berhimpun mengugut kakitangan media dan memberi amaran supaya tidak mengambil gambar dan video.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Aziz Jamma dilihat turut berada di tempat kejadian, cuba memastikan keadaan tidak bertambah teruk.

cermin pecah

Maklumat lanjut menyusul.

Post a Comment

0 Comments