Mahkamah arah pilihanraya kecil DUN Rantau

MAHKAMAH pilihanraya Seremban hari ini dilapor memerintahkan satu pilihan raya kecil untuk DUN Rantau, selepas membenarkan permohonan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Streram Sinnasamy mengistiharkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersalah menghalangnya daripada menghantar kertas pencalonan pada PRU14.

Mohammad Hassan

Hakim Azimah Omar, membuat keputusan itu pagi ini. Ini bermakna Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan perlu bertanding semula.

"Mahkamah membenarkan petisyen pilihan raya difailkan. Mohamad Hasan tidak sah sebagai Adun Rantau," katanya ketika membuat keputusan seperti dilapor oleh The Malaysian Insight.

Pegawainya pilihanraya juga perlu membayar Streram kos sebanyak RM20,000.

Walaubagaimanapun kes berkenaan masih boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan sebelum satu pilihan raya kecil boleh diadakan.

Dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu, Mohamad yang juga penyandang, mengekalkan kemenangan kerusi berkenaan tanpa bertanding apabila Streram dihalang untuk menghantar kertas pencalonan.

Streram mendakwa dia dihalang masuk untuk menghantar kertas pencalonan pada pilihanraya umum yang lalu.

Pada 23 Mei, Streram telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan kemenangan Mohamad Hassan bagi kerusi DUN Rantau.

Menurut Streram, pegawai pilihanraya Amino Agos Suyub dan SPR telah melanggar undang-undang di bawah akta kesalahan pilihan raya, dan keputusannya perlu dibatalkan sekaligus memberi laluan kepada PRK.

Streram telah membayar wang deposit sebanyak RM5,000 untuk menjadi calon, dan RM3,000 sebagai bahan kempen pada 25 April.

Namun pihak SPR tidak memberitahu keperluan tanda nama atau pas masuk bagi calon dan wakilnya bagi membolehkan mereka masuk ke dewan pencalonan pada 28 April.

Post a Comment

1 Comments

  1. Dulu masa menang kau main kotor, inilah akibatnya, kemenangan cara kotor tak bertahan lama. Jahat dan takbur!

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda