Negara-negara yang ratifikasi ICERD masih tindas bangsa lain kata Dr Asri

NEGARA-NEGARA yang menandatangani Konvensyen Antarabangsa Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sendiri, masih menindas rakyatnya kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Asri

"Realiti dunia hari ini penindasan berlaku, negara-negara yang menandatangani ICERD itu sendiri menindas," tegas beliau.

"China telah menindas bangsa Muslim Uighur di Xinjiang,"

"India telah menindas orang Islam di negara dia terutama di bawah pemerintahan Modi (Narendra Modi) sekarang,"

"Banyaklah bangsa-bangsa di dunia ini yang telah tindas orang. Kebanyakan yang ditindas itu minoriti Islam, Muslim," tegas beliau.

Sebelum itu Dr Asri turut berkata bahawa Umat Islam tidak memerlukan ICERD bagi mengelakan penindasan terhadap bangsa lain, kerana ajaran Islam sendiri melarang untuk menindas bangsa lain.

Beliau turut memetik sabda Rasulullah SAW yang bermaksud.

"Tidak ada kelebihan orang-orang Arab ke atas bukan Arab, yang bukan Arab atas orang Arab, yang merah di atas hitam, dan yang hitam di atas yang merah, melainkan taqwa kepada Allah,"

Sumber — YouTube

Post a Comment

0 Comments