Netizen kecam staff pejabat Waytha Moorthy hanya ada satu bangsa sahaja

BELUM selesai dengan isu Waytha Moorthy yang kini sedang hangat dikecam di media sosial beberapa hari kebelakangan ini.

Selepas isu video Waytha melemparkan fitnah terhadap kerajaan Malaysia mendapat kecaman meluas, kali ini pemilihan staf yang bekerja di pejabatnya pula jadi kecaman orang ramai di media sosial.

Pengguna media sosial secara berjemaah menyebarkan gambar direktori kakitangan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Pejabat Waytha Moorthy) yang didakwa dipenuhi oleh hanya satu bangsa sahaja iaitu kaum India.

Di bawah ini gambar yang sedang hangat disebarkan di media sosial.

Staff Waytha Moorthy

Gambar ini menunjukkan beberapa orang kakitangan Waytha Moorthy berbangsa India. Namun sebenarnya ini bukanlah gambar penuh kesemua kakitangan yang bekerja di pejabat berkenaan.

Jika kita scroll ke bawah, sebenarnya terdapat empat lagi staff, seorang lelaki dan tiga orang perempuan keempat-empat mereka berbangsa Melayu.

Mereka adalah, Che Sam Binti Manaf, Lily Zaharina Binti Osman, Nurul Azwani Binti Zainal Abidin dan Afiq Izwan Bin Zakaria.

Jadi dalam pejabat itu sebenarnya ada lima kakitangan berbangsa India, dan empat berbangsa Melayu.



Dalam erti kata lain, orang yang mula-mula menyebarkan gambar ini sengaja mahu memainkan sentimen perkauman untuk menaikkan kemarahan orang Melayu.

Aku sendiri marah dengan fitnah yang dilemparkan oleh Waytha Moorthy kepada kerajaan Malaysia, namun tindakan pengkritik memburukkan dia dengan jalan fitnah itu tidak patut disokong.

Kalau Waytha fitnah kerajaan, dan kau pula fitnah dia, maka kau dengan dia sama sajalah tak ada beza, sama-sama kaki fitnah.

Sumber - perpaduan.gov.my

1 Comments

  1. Tp 4org jawatan melayu tu xde kuasa membuat keputusan.. Hnya sekadar Anggota Kumpulan Pelaksana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan