Penyokong PAS kena kecam 'pijak' kalimah Allah

SEKEPING gambar menjadi viral di media sosial Facebook dan Twitter, memaparkan salah seorang penyokong PAS berdiri di atas pagar sebuah masjid sambil dikatakan "memijak" kalimah Allah yang tertulis pada pagar berkenaan.



Penyokong yang dimaksudkan itu memakai kopiah putih, baju berwarna hijau sambil mengibarkan bendera PAS di atas pagar masjid di atas tulisan kalimah "bismillah" yang mengandungi nama Allah.

Kedudukan penyokong PAS itu juga dilihat berdiri tepat di atas kalimah Allah.



Secara logiknya mungkin penyokong PAS tak perasan ada tulisan kalimah Allah di bawah "kangkangnya" ketika berdiri di situ.

Namun tindakan itu menunjukkan dia tidak sensitif dengan keberadaan kalimah Allah yang lazim kita lihat di pagar-pagar masjid seluruh negara.

Mungkin juga, dia "buta huruf" tidak pandai membaca tulisan jawi atau membaca Al-quran, kerana ramai rakan-rakan aku yang menyokong PAS sehingga ke hari ini tidak pandai membaca tulisan jawi dan Al-Quran.

Jika inilah keadaannya, maka kejahilan itu patut dimaafkan. Tidak adil kita hukum orang jahil.

Post a Comment

9 Comments

  1. Gambar ni diambil semasa perhimpunan orang orang Melayu membantah ICERD yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pemerintahan KHADAM Dap!

    Meskipun dia memijak kalimah Allah, namun perjuangannya melawan khadam-khadam DAP patut dipuji!

    Beliau sudah berkorban menentang khadam DAP, perkara itulah isu pokok lebih utama. Isu pijak Kalimah Allah hanya isu picisan tak perlu kita pedulikan.

    Jangan kita mudah dipermainkan dengan khadam DAP!

    Kita harus tentang DAP dan Khadamnya habis-habisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulah tu, dah lawan ICERD dah lawan DAP maka dia dah layak untuk pijak kalimah Allah.

      Delete
    2. Hahaha... ini je jawapan yang lu boleh bagi... hahaha... lawak la walaunta PaS ni.... hahaha

      Delete
  2. Akhirnya UNOPAS kna checkmate......

    ReplyDelete
  3. Modal politik pas dan umno. Cepat ambil kesempatan......

    ReplyDelete
  4. Kena tang depa semua tak pa tapi kalau kena orang PH faham faham la apa depa nak kata

    ReplyDelete
  5. Tidak pandai baca jawi bukan alasan utk tunjuk biadap. Ini hasil ketuanan melayu, membuat melayu hilang adap. ICERD perlu supaya discriminasi atas orang melayu Dihentikan.
    Cth: anak2 bkn Islam belajar pen. moral, anak saya belajar Pen. Islam... Anak orang bermoral anak saya panjat pagar masjid.

    ReplyDelete
  6. Hahahahaa... pijak kalimah Allah hanya isu picisan... x perlu diambil peduli... sekolahana kau belajar nie... yg haram ttp haram la der... perjuangan dia menentang ICERD tu mmg bagus tp dlm masa yg sama,sepatutnya jaga adap org islam... pelik aku dgn kau nie... boleh abaikan perkara cmtu..

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda