Rosmah dan pembantu berdepan 6 pertuduhan hari khamis ini

DATIN Seri Rosmah Mansor dilapor akan berdepan tuduhan-tuduhan baru dalam mahkamah pada hari Khamis (15 Nov), bersama dengan bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor.

Menurut sumber yang mengetahui perkara itu, enam tuduhan berkait projek solar hibrid untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion akan dikenakan terhadap mereka berdua, melibatkan wang sejumlah RM6.5 juta.

Seperti bulan lalu, Rosmah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilapor tidak akan ditangkap sebelum perbicaraan mahkamah.

Rosmah

Rosmah telah diberitahu untuk datang ke mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi hari Khamis.

Pada 3 Oktober, Rosmah telah ditahan untuk diambil kenyataan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Dia menerima tamparan hebat apabila dikenakan 17 tuduhan-tuduhan berkait pengubahan wang haram di mahkamah Seksyen Kuala Lumpur keesokan harinya.

Dalam pada itu, peguam Rosmah Datuk Geethan Ram Vincent mengesahkan bahawa dia akan didakwa pada hari Khamis namun tidak mengetahui bakal dituduh berkaitan kes apa.

Dalam satu laporan eksklusif oleh The Star pada hari Isnin, Rosmah dan Rizal dilapor akan didakwa di mahkamah berkaitan projek solar hibrid.

Projek itu telah mencetuskan kontroversi apabila laman pembocor maklumat Sarawak Report, pada bulan Jun mendakwa kontrak projek itu telah dianugerahkan kepada Jepak Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan dari Bintulu selepas menerima arahan terus dari Najib.

Jepak Holdings telah dilantik pada hujung tahun 2016 untuk membekalkan bahan api diesel, menyelenggara generator dan membekalkan sistem hibrid solar untuk 369 sekolah sekolah di pedalaman Sarawak.

Namun sehingga ke hari ini tiada satu pun sekolah menerimanya.

Pembantu Rosmah, Rizal Mansor ditahan oleh SPRM dalam bulan Julai berikutan dakwaan dia telah meminta wang dari Jepak Holdings berhubung projek berkenaan.

Rizal Mansor

Dalam bulan Jun pegawai anti rasuah turut menahan seorang pengarah syarikat, pengarah urusan dan seorang peguam berhubung projek kontroversi itu.

SPRM telah memulakan siasatan projek bernilai berbilion ringgit itu dalam bulan April, sebulan sebelum pilihan raya umum.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan