Rosmah dan pembantu dikenakan tuduhan baru minggu ini

BEBERAPA tuduhan-tuduhan baru dijangka akan difailkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor minggu ini dikatakan berkait dengan pemberian kontroversi projek sekolah-sekolah pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Bekas setiausaha akhbarnya, Datuk Rizal Mansor kemungkinan dituduh pada masa yang sama lapor The Star hari ini yang memetik sumber dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber yang sama memberitahu bahawa suami Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid akan turut sama dibawa ke mahkamah namun pada tarikh yang lain di masa akan datang.

Rosmah

"Belum lagi," kata sumber itu kepada wartawan apabila ditanya berhubung tuduhan terhadap bekas perdana menteri dan Mahdzir.

Isteri bekas perdana menteri dilapor meminta untuk dibicarakan berhubung tuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta berkait dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd sejak 4 Julai.

Rosmah, Najib dan Mahdzir telah disoal siasat oleh pihak SPRM dalam minggu-minggu kebelakangan ini sementara Rizal, telah ditahan oleh pegawai anti rasuah awal bulan Julai, dilaporkan berkait projek Hybrid Solar sekolah-sekolah pedalaman Sarawak.

Rizal

Laman pembocor maklumat Sarawak Report sebelum ini mendakwa kontrak untuk memasang panel solar di 369 buah sekolah telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat pengangkutan dari Bintulu bernama Jepak Holdings Sdn Bhd yang tidak mempunyai pengalaman dalam industri itu.

Post a Comment

0 Comments