Saya tiada hak campur tangan dalam pemilihan parti kata Anwar Ibrahim

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam proses pemilihan parti.

Ahli Parlimen Port Dickson itu dilaporkan berkata demikian walaupun terdapat banyak permintaan dari pelbagai pihak dalam parti meminta beliau campur tangan dalam pemilihan KEADILAN, yang dicemari dengan dakwaan sabotaj dan politik wang.

Semua isu berkenaan pemilihan parti kata Anwar dibawah prerogatif Jawatankuasa Pemilihan Pusat KEADILAN yang diketuai oleh Datuk Rashid Din.

"Ramai orang datang jumpa saya minta campur tangan tapi saya kata tidak. ramai orang termasuk media tidak faham situasi ini.

"Parti telah putuskan segala perkara dan Isu berkaitan pemilihan parti akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

"Sekiranya terdapat kelemahan yang perlu ditambah baik, kita akan melakukan usaha untuk berbincang dan melaksanakannya,"

"Bagaimanapun saya seru semua pihak untuk memastikan proses e-undi berjalan lancar dan semua pihak serta calon-calon bertanding menerima keputusan pemilihan dengan hati yang terbuka."

Anwar

Anwar dilapor enggan mengulas isu berkaitan serangan siber dan taktik kotor digunakan oleh pihak tertentu sehingga mengakibatkan penangguhan keputusan pemilihan parti.

"Cukuplah, Saya rasa kita tak perlu panjangkan isu isu berkaitan pemilihan parti kerana ia boleh membawa kepada pertengkaran dalaman,"

"Maka sebab itulah saya pilih untuk tidak lakukan apa-apa," katanya. Menurut Anwar dakwaan berkaitan penipuan dan sabotaj yang timbul dari pemilihan parti telah dilapor kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut.

Ditanya berhubung jawatan bekas presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan parti di masa hadapan, kata Anwar perkara itu tidak timbul.

"Tidak ada isu kerana keputusan telah dibuat sebelum ini oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, DrWan Azizah dan kepimpinan Pakatan Harapan," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan