Surat arahan wajib beli 100 helai t-shirt tolak ICERD tersebar di media sosial

SEPUCUK surat berbentuk arahan tersebar di media sosial Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp tentang arahan "Wajib beli" 100 helai T Shirt Himpunan Bantah ICERD.

Menurut surat dengan tandatangan Haji Abdul Halim Bin Omar, Setiausaha Perhubungan PAS Selangor itu, Lajnah Ekonomi PAS negeri Selangor telah mencetak baju t-shirt himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD versi PAS Selangor.

Surat Wajib beli t-shirt ICERD

Justeru, setiap kawasan diperuntukkan 100 helai t-shirt wajib beli. Surat itu juga meminta setiap kawasan untuk menentukan bilangan saiz yang dikehendaki dengan memberi maklumbalas sebelum 3 Disember 2018.

Harga setiap helai baju t-shirt berkenaan menurut surat itu ialah RM25.00 bagi saiz M-XL dan RM30.00 untuk saiz XXL-7XL

"Kegagalan mengemukakan bilangan unit setiap saiz maka pihak Lajnah Ekonomi yang akan mengagihkan mengikut perkiraan sendiri," tulis surat berkenaan.

MiLo SuaM tidak dapat mengesahkan sama ada benar surat berkenaan dikeluarkan oleh PAS Selangor secara bebas.

Pihak tertentu dilihat menyebarkan surat berkenaan sebagai kritikan kepada penganjur himpunan bantah ICERD yang masih tetap mahu meneruskan himpunan walaupun kerajaan Pakatan Harapan dilapor tidak akan meratifikasikan ICERD.

BACA — Mustahil kerajaan untuk laksanakan ICERD kata Tun Mahathir

***

"Kalau himpunan tak jadi, baju dah cetak banyak-banyak siapa nak beli?"

Post a Comment

10 Comments

  1. Pergh... jadi bisnes tue... Hahaha... dah agak dah.... ader agenda masyuk ni... hahaha

    ReplyDelete
  2. niaga kecik2, bolih untung besau kalau dah wajib beli.

    ReplyDelete
  3. Baju tu satu masa nanti mugkn akan jadi bukti kat anak cucu yang mak ayah dah berjuang untuk masa dwpan anak cucu. Apa sgt nilai baju 20 30 hinggit kalau nk banding dgn dgn masa depan agama dan bangsa. PH menipu rakyat bukan saja wang ringgit.hinggakan maruah agama pun nak gadai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh masuk syyurga tu.. Beli la byk2 buat bukti kemudian hari

      Delete
  4. Klu org melayu spt kamu tinggal di negara yg penduduk islam adalah minoriti, kamulah org pertama yg akan mendesak supaya icerd disahkah. Fikirkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengeluarkan kenyataan yang tidak mencerminkan anda sudah pernah atau melalui nya.....sangat lah....!

      Aku melayu-muslim Alhamdullillah telah menetap dibeberapa benua dan setakat ini di pekan kecil utara Amerika dimana jumlah penduduk lebih kurang 80,000 orang. Malah, dari garis-pusat rumah kami sejauh 8 kilometre sudah ada sebuah masjid dan mussollah. Penduduk muslim bilangan tidak sampai 1000 pun. Masaalah ada tapi tidak mengugat agama, pembelajaran Islam di Masjid, mengaji dan bertadarus dan sebagai nya.

      Jemaah tabligh berulang alik di setiap kelapangan cuti panjang atau cuti umum.

      Dengar sini...di Tanah Melayu aku merasai di himpit dan di diskriminasi oleh karyawan dan usahawan cina, india tapi...lebih teruk apabila sebangsa, seagama beriri-hati dan dengki dengan cukup jelas diwaktu 60an-70an (90an mencuba beberapa tahun bekerja di Tanah Ayer) hanya kerana dari keluarga yang 'terkial kial' menyara untuk hidup berkerja dan belajar hanya untuk merubah keadaan kesempitan harian!

      Akan tetapi 30 tahun dirantauan dengan nikmat kurniaan ALLAH dapat sendiri membiayai Ijazah disamping 3 anak yang diambang tamat pembelajaran di university yang baik dari segi ranking. Tidak ada diskriminasi malah mendapat tempat intern (bergaji >$45,000 p.a.) di firma dalam dan luar negara hanya berbekal pencapain akademik yang baik ie. Dean's Honour's Roll etc.

      Berkongsi cerita tanpa perlu tahu siapa aku semoga memberi dan membakar semangat anak anak melayu-muslim muda yang berkelana walau yang berhijrah dan berisiko sebagai pendatang haram hanya kerana mencari rezki dan berusaha...aku respect kat bebudak yang berani tu semua.

      Malah aku sedih terbaca sorang anak yang kemalangan 'waste-crusher' di Korea tempohari dengan usia sebaya anak aku yang bongsu tapi meredah merantau mencari rezki! Semoga ALLAH permudahkan keperitan dia dan seisi keluarga nya.

      Moral cerita nih.....sudah nampak lagi terang kekayaan negara dibawah pemerintahan kerajaan yang rata rata melayu-muslim dahulu terlalu banyak cela nya. Ya aku nampak di Australia, Amerika, London dan sebagai nya...ramai anak muda yang mendapat biasiswa luar negara kebanyakan anak anak orang 'berada'. Segelintir jer anak kampung dan susah jarang aku jumpa.

      Contoh aku aku sendiri walau mempunyai Grade yang cukup baik (tidak mendapat bantaun atau biasiswa) berbanding sepupu sepapat sendiri namun kerana rangkaian 'cable' ayah nya yang kuat membolehkan nya mendapat biasiswa penuh belajar di Amerika walau di university yang tidak di akui kerajaan Malaysia...sehingga ke peringkat Masters!

      Cukup sekadar perkongsian yang sikit walau ada banyak lagi cerita boleh aku kongsi.

      Delete
  5. Niat dh x betul. Kata nk pertahankan agama dan bangsa. Tiba2 diwajibkan beli. Duit tu nanti utk apa? Kalau utk dibayar kpd majlis perbandaran aku blh terima. Kerana stiap kali perhimpunan seumpama ini berlangsung, sdh pasti sampah akan bertimbun. Tp aku berharap puak pas dan umno x kan buang sampah merata2 kerana Islam sgt menitik beratkan kebersihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hbs duit tabung harapan utk apa? Senyap pula apa dah jdi duit dlm tabung ye..

      Delete
  6. alaa beli baju bersih dengan cina sanguplaaa plak.. boleh masuk syurga cina ke? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lah kebodohan ternakan, akal takde tapi yakin masuk syurga walaupun jahil. Perhimpunan BERSIH berbanding perhimpunan ICERD ni banyak beza tapi satu perkara yang paling jelas, ICERD dah ditolak dan tidak akan diratifikasikan oleh Kjaan, maka berhimpun untuk membantah benda yang sudah ditolak kjaan itu ibarat memancing disungai yang dah kering airnya. Itu kerja bodoh. Ikan tak dapat dan si pemancing akan dilihat sebagai otak 3/4 atau tak berotak langsung. Ternakan2 ni pautu sedar bahawa Syurga itu untuk orang2 yang berakal sebab Al quran banyak ayat yang menyatakan bahawa Allah menyuruh manusia berfikir, berakal dan berilmu. Korang yang taksub dan yakin tanpa berfikir, tanpa berakal dan tanpa ilmu ni 100% pasti ke masuk syurga hanya dengan taksub dan percaya buta tuli? Berfikir lah wei, kalau tidak kamu ibarat ternakan yang Allah SWT selalu sebut dalam Al quran tu!

      Nick.
      Cape Tiger.

      Delete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda