Zunar failkan saman mahu polis pulang lukisan dirampas dan mohon maaf

PELUKIS kartun satira terkenal, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwarul Haque memfailkan saman di mahkamah tinggi hari ini meminta pihak polis memulangkan 10 kotak lukisan miliknya yang dirampas dalam sebuah pameran dua tahun lepas.

Dalam samannya, yang di failkan melalui peguamnya Cecil Rajendra hari ini, Zunar juga dilapor sebanyak RM380,000 sebagai pampasan tekanan, penghinaan, dan kesengsaraan yang dilalui serta kehilangan besar pendapatan dan susut nilai kerja-kerja seni miliknya.

Beliau juga mahu permohonan maaf secara terbuka dari pihak polis kerana tindakan tidak adil dikenakan ke atasnya dan juga kos.

Zunar menamakan pegawai kanan polis daerah Utara Laut Pulau Pinang ASP Rusli Tipu, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Bercakap kepada wartawan di bangunan mahkamah tengah hari tadi, Cecil dilapor berkata bahawa mereka terpaksa memfailkan saman sivil itu selepas pihak polis gagal memulangkan kerja seni walaupun selepas 2 tahun.

Menurut Cecil, Zunar telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij "Cartoonist for Peace Award 2017," beliau telah dijemput oleh kerajaan negeri untuk mempamerkan kerja seninya dalam Georgetown Literary Festival 2016.

Katanya pada 26 November 2016, pihak polis bagaimanapun tanpa sebarang alasan, telah menyerbu pameran berkenaan yang diadakan di ICT Mall di Komtar dan seterusnya merampas 10 kotak kerja seni Zunar sebelum menahannya.

"Beliau telah dilayan seperti seorang penjenayah namun tiada sebarang tuduhan di failkan terhadap beliau sehingga hari ini."

"Kami telah menghantar satu notis tindakan kepada pihak polis pada bulan Mac tahun ini agar memulangkan kerja seni berkenaan dan memohon maaf, dan menerima maklumbalas bawa perkara itu dalam siasatan."

Kami telah menulis satu lagi surat kepada pihak polis dalam bulan Julai tahun ini, selepas pilihan raya umum ke-14 dan kami diberitahu perkara itu masih lagi tergantung.

"Inilah sebabnya kami terpaksa ke mahkamah akibat kesukaran dan penderitaan yang ditanggung, kehilangan pendapatan (akibat tindakan pihak polis) dan susut nilai kerja-kerja seni berkenaan," tambahnya.

Lukisan-lukisan Zunar tertumpu kepada isu-isu korupsi oleh pimpinan terdahulu, terutama berkaitan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Cecil, selepas pilihan raya umum ke-14 dan pendakwaan-pendakwaan di mahkamah, ia menunjukkan bahawa zunar tidak menambah-nambah di dalam lukisannya.

"Malah, tahap rasuah adalah lebih teruk lagi. Oleh itu tidak ada sebarang fitnah (dalam lukisan-lukisan Zunar)"

"Beliau merupakan seorang artis dan bukannya seorang ahli politik, biar patut diberikan hak untuk bersuara, yang mana Ia merupakan hak asasi seorang artis,"

"Artis patut menjadi pemantau masyarakat. Beliau (Zunar) mengulas tentang keadaan negara. Demi untuk kebaikan," tambahnya.

Dalam pada itu kata Zunar, beliau akan terus mengeluarkan lebih banyak lukisan, namun dalam pendekatan yang berbeza.

Zunar

"Sebelum ini fokus utama adalah tentang korupsi. Kini menuju ke arah membina negara. Namun ia tidak bermakna saya tidak kritikal terhadap kerajaan Pakatan Harapan."

"Saya percaya mana-mana kerajaan di dunia tidak boleh dibiarkan bebas uruskan negara. Adalah menjadi kerja kita untuk mengkritik mereka,"

"Dulu kita biarkan pentadbiran terdahulu untuk buat sesuka hati, tapi sekarang, sebagai seorang kartunis, tentu sekali saya akan mengkritik PH saya akhirnya mereka tidak akan mengulangi kesilapan-kesilapan lalu," tegasnya.

Menurut Zunar, selepas lukisan yang dirampas dan beliau ditahan sebelum ini, banyak kedai-kedai buku yang takut untuk menjual bukunya, dan galeri takut untuk menjemputnya dalam pameran, mengakibatkan kehilangan pendapatan.

Kata Zunar, beliau menerima jemputan untuk mengadakan pameran di Pulau Pinang selepas menerima tamparan diharamkan ke luar negara selepas pulang dari satu pameran di Geneva dalam bulan Jun.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan