AFF Suzuki Cup 2018 Malaysia mara ke final

BERITA baik buat semua rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak tanah air. Pasukan bola sepak kesayangan negara "Harimau Malaya," mara ke perlawanan akhir (final) dengan kelebihan gol di tempat lawan.

Harimau Malaya yang dipimpin oleh Tan Cheng Hoe berjaya menyamakan kedudukan seri 2-2 dalam perlawanan mendebarkan di Stadium Rajamangala, Bangkok pada hari Rabu (5 Disember 2018).

Pusingan pertama sebelum ini Malaysia mengikat kedudukan seri 0-0 dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Disember lalu.

Dalam perlawanan kali ini, dua gol Malaysia dijaringkan oleh Syahmi Safari dan Norshahrul Idlan Talaha sementara gol Thailand diperolehi hasil gol sendiri Irfan Zakaria dan pemain Thailand Pansa Hemviboon.

jaringan syahmi safari

Pasukan harimau Malaya bakal berdepan sama ada Vietnam atau Filipina dalam perlawanan akhir pada 11 dan 15 Disember 2018.

Kali terakhir Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir ialah pada tahun 2014 namun tewas kepada Thailand dengan keputusan agregat 4-3.

Apa yang menarik perhatian kali ini ialah gol cantik bertaraf dunia jaringan Syahmi Safari ketika menyamakan kedudukan di separuh masa pertama. Saksikan video berikut.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan