Anwar akan jumpa Maszlee dan Wan Jan berhubung isu PTPTN

DATUK Seri Anwar Ibrahim akan bersemuka dengan Menteri Pendidikan, Datuk Maszlee Malik dan pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan, mengenai keresahan peminjam berhubung mekanisma pembayaran semula yang disifatkan sebagai tidak adil dan bercanggah dengan kontrak setia ada.

Anwar Ibrahim

"Saya akan bagi nota segera kepada menteri minta kaji. Selalu kalau ada pandangan saya pasti Maszlee dan Wan Saiful akan telitinya (semula)," katanya.

Beliau memberitahu turut menerima banyak mesej-mesej dari rakyat di Permatang Pauh dan Port Dickson berhubung perkara itu termasuk dari ahli-ahli PKR yang sama terjejas.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson yakin kerajaan akan mempertimbangkan kebimbangan sebagian besar peminjam berhubung potongan gaji yang terlalu tinggi dan membebankan.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai peratus potongan gaji peminjam diumumkan Wan Saiful semalam yang disifatkan terlalu tinggi bagi golongan M40 di kawasan bandar, selain didakwa melanggar perjanjian bayaran balik peminjam sebelum ini.

Antara kadar bayaran balik yang dipertikaikan membabitkan peminjam berpendapatan RM4,000 ke atas yang akan dipotong gaji antara 8 hingga 15 peratus atau RM320 hingga RM1200 ke atas.

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya cadangkan jangan jumpa dan dan bincang dengan mereka...Sbb nanti "ada" yang "marah"...hati-hati Pak Syeikh..

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda