Bukti rakaman Adib tidak dilanggar lori Bomba ketika diserang perusuh

SEBELUM ini kita ada tunjukkan bukti menyangkal dakwaan kononnya Mohammad Adib cedera parah akibat dilanggar oleh lori bomba, bukan dipukul oleh perusuh. Sila rujuk pautan berikut.

BACA — Adib tidak dilanggar lori bomba

Scroll ke bawah untuk menonton video alert-warning

Namun bukti yang ditunjukkan dalam video sebelum ini tidak berapa jelas, kerana posisi kamera pada waktu itu selain berada jauh, ia juga tidak dapat merakam dengan jelas apa yang berlaku ketika lori bomba mengundur laju dan merempuh van di belakangnya.

Justeru perdebatan berhubung perkara itu dilihat masih berterusan di media sosial.

Namun kali ini, salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM telah berkongsi video rakaman kejadian berkenaan ketika lori bomba diserang dan rempuhan berlaku pada posisi yang betul-betul di belakang lori Bomba ketika itu.

Adib belakang lori

Dalam rakaman video ini dapat dilihat dengan jelas, ketika lori bomba diserang perusuh, seorang anggota Bomba keluar dari bahagian kanan lori, dan menyeberang ke bahagian kiri kenderaan berkenaan sebelum menuju ke arah van (di belakang).

Beberapa detik sebelum kenderaan Bomba itu terpaksa mengundur dan merempuh van di belakangnya juga, kita boleh perhatikan dengan jelas tiada sesiapa di situ.



Maka jelas dakwaan Ahli Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman kononnya Mohamad Adib tidak dibelasah, tetapi dilanggar lori adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Sila lihat sendiri rakaman video yang dimaksudkan di bawah ini.



Andai kata memang Adib yang dilihat di dalam video ini pun, jelas dia tidak dilanggar oleh lori Bomba. Apatah lagi pihak Bomba sudah mengesahkan bahawa individu di dalam video ini bukan Adib, tetapi anggota lain.

Jelas sekali penjelasan paling logik bagi kecederaan parah dialami oleh Adib yang terlantar di hospital sehingga ke hari ini, tidak lain dan tidak bukan adalah sebab kena pukul dan dibelasah oleh perusuh.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan