Dr Mahathir doakan Himpunan ICERD berjalan lancar ajak rakyat raikan demokrasi

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendoakan semoga Himpunan Icerd 8 Disember 2018 berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan menyeru rakyat Malaysia sama-sama meraikan demokrasi di Malaysia.

Dr Mahathir Icerd

Dalam rakaman ucapan ringkas itu, beliau turut mengulangi penegasan bahawa, tiada keperluan himpunan itu diteruskan kerana Kerajaan Malaysia sudah jelas tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Sebarang Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

"Walaupun kabinet telah menetapkan pada 23 November lalu, bahawa kerajaan Malaysia tidak akan meratifikasikan ICERD, saya diberitahu rancangan untuk mengadakan perhimpunan menolak ICERD masih diteruskan, pada hari esok,"

"Saya tidak nampak perlunya perhimpunan itu diteruskan. Walau bagaimanapun, beberapa pihak menyatakan ianya diteruskan sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan ICERD,"

"Bagi pihak kerajaan jika perhimpunan itu diadakan atas dasar kesyukuran, kita mengucapkan terima kasih kerana sokongan yang ditunjukkan," katanya.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan tidak akan menghalang atau menyukarkan perhimpunan itu.

"Pihak kerajaan tidak berhasrat menghalang ataupun menyukarkan penganjur perhimpunan kerana ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi," katanya.

Namun ada satu permintaan kerajaan iaitu diharap pihak penganjur membantu pihak polis dan pihak berkuasa di dalam memastikan tidak berlaku kekacauan ataupun kerosakan terhadap harta benda awam.

"Jika boleh Jangan membuang sampah merata-rata dan jagalah kebersihan," ujarnya sebelum menamatkan ucapan itu.

"Saya doakan agar perhimpunan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan marilah kita bersama-sama meraikan demokrasi di Malaysia, terima kasih,"


Post a Comment

2 Comments

  1. Ada desas desus baru-baru ni TM berjumpa org yg sangat di bencinya,bagi menyatakan kebenciannya pada satu pihak lain pula.Dia marah kerana org disekelilingnya sangat degil ,memandai-mandai dan melebihi batas.Tapi apakan daya semuanya sudah berlaku,nasi sudah menjadi bubur.Utk membaiki keadaan ahli Umno yg sentiasa di hina di minta melompat utk bersama mereka ,malangnya respon akar umbi sangat mengeciwakan ,mereka masih sayang pada Umno ,biar siapa pun pemimpinnya.Jadi sekarang Melayu di hina pula dgn rasuah,padahal kuasa Melayu yg dihina sudah tiada ,mana lagi datangnya rasuah utk mereka.kalau ada pun tentu Melayu yg di pihak mereka yg sedang berkuasa,jadi jangan lah hina Melayu lagi.

    ReplyDelete
  2. Paham ke tak paham apa itu ICERD...kalau cakap bodoh UMNO dan PAS ni otak letak kat lutut... bangsa melayu sendiri tertindas dibumi sendiri...lihat lah di kawasan bandar-bandar rumah2 kedai dimiliki kaum lain..melayu tak mampu miliki rumah atau kedai di kawasan bandar..hanya mampu berpayung atau berkhemah ditepi jalan...tak itu nama nya diskriminasi di bumi sendiri...dimana nak mengadu...kerajaan UMNO menindas bangsa melayu hingga jadi bangsat.
    Bangsa melayu sendiri malas nak membaca dan fahami apa itu ICERD bila ada isu main2 ikut jer yang memalukan bangsa melayu tak paham undang2 dan peraturan.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda