Final Malaysia lawan Vietnam AFF Suzuki Cup 2018

PERLAWANAN Akhir (Final) Malaysia bakal bertemu Vietnam dalam saingan AFF Suzuki Cup 2018 yang akan diadakan pada 11 dan 15 Disember 2018 ini.

Pasukan Vietnam yang telah mengalahkan Malaysia 2 - 0 dalam perlawanan peringkat kumpulan bulan lalu, kini mengesahkan tempat untuk perlawanan akhir selepas mengalahkan Pasukan Filipina dengan agregat 4 - 2 pada hari Khamis 6 Disember 2018.

Pasukan Vietnam mengalahkan pasukan bimbingan bekas jurulatih England Wven-Goran Eriksson dengan keputusan 2-1 yang mana kesemua jaringan dihasilkan pada 10 minit terakhir perlawanan.

Vietnam vs Filipina

Jaringan pertama Nguyen Guang Hai berjaya diperolehi pada minit ke-83, dan jaringan Nguyen Cong Phuong pada minit ke 87, sebelum James Younghusband merapatkan kedudukan ketika perlawanan berbaki 1 minit.

Pasukan "Harimau Malaya" sudah lebih awal mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas mengikat pasukan Thailand dengan keputusan seri 2 - 2 dalam separuh akhir pusingan kedua di Bangkok pada hari Rabu (5 Disember 2018).

Keputusan seri 0 - 0 antara Malaysia dan Thailand dalam perlawanan pusingan pertama separuh akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Disember sebelum itu membolehkan Malaysia layak ke perlawanan akhir dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Malaysia akan menjadi tuan rumah perlawanan pusingan pertama menentang Vietnam pada 11 Disember ini, sebelum bertandang ke Hanoi untuk perlawanan akhir pusingan kedua pada 15 Disember 2018.

BACA JUGA - Malaysia mara ke final AFF Suzuki Cup

Post a Comment

0 Comments