Gaya hidup Rosmah berubah sejak PH tawan Putrajaya

SIAPA tidak kenal dengan isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, seorang wanita yang tak pernah putus dengan kontroversi semasa Barisan Nasional berkuasa dahulu.

Semasa suaminya menjadi Perdana Menteri, Datin Rosmah begitu 'gah' ke sana ke mari, dengan pakaian dan perhiasan mahal yang sering menjadi kritikan pihak pembangkang.

Namun sejak Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihanraya umum yang lalu, sekaligus mengakibatkan suaminya tidak lagi menjadi perdana menteri, penampilan dan gaya hidup Datin Rosmah pun kita lihat jadi sangat berbeza.

Mari kita lihat apakah antara perubahan ketara yang telah terjadi kepada Datin Rosmah sejak Pakatan Harapan menawan Putrajaya.

Rambut Rosmah tak kembang lagi

Salah satu simbol kehebatan atau kemegahan Rosmah yang sangat diingati oleh rakyat Malaysia tentu sekali ialah rambut kembangnya.

Rosmah rambut besar

Sampaikan kartunis Zunar pun menggunakan karikatur perempuan berambut besar untuk menunjukkan watak Rosmah dalam karya seni beliau.

Namun kalau kita lihat beberapa kali Rosmah datang ke pejabat SPRM, untuk disoal siasat berhubung isu rasuah dan skandal 1MDB, rambut beliau nampaknya sudah tidak besar dan kembang lagi seperti dahulu.

Rosmag SPRM

Kita lihat kepalanya leper sahaja, membuatkan ramai orang tertanya-tanya ke manakah hilangnya rambut besar yang dahulu itu? Selama ini dia pakai rambut palsu ke?

Rosmah tidak lagi melancong ke luar negara

Jika dulu semasa menjadi "first lady" selalu kita lihat Rosmah melancong ke sana sini di seluruh dunia menggunakan "private jet" milik kerajaan.

London, China, Jepun, Dubai, mana negara yang Rosmah tak pernah pergi, hotel mewah mana yang tidak pernah dia diami.

Rosmah Private Jet

Namun kini Rosmah dan Najib kedua-dua mereka tidak boleh lagi melancong ke luar negara, kerana pasport antarabangsa mereka sudah dirampas oleh pihak berkuasa.

Mahkamah telah mengarahkan Rosmah menyerahkan dokumen perjalanan miliknya untuk disimpan oleh mahkamah, sepanjang perbicaraan berlangsung.

Bukan apa, kalau ada pasport dalam tangan, dibimbangi Rosmah akan melarikan diri (abscond) — Keluar negara, kemudian terus tak balik-balik semula ke Malaysia dan minta suaka politik di negara luar.

Rosmah tidak lagi bergaya dengan beg tangan dan barang kemas mewah

Kini Datin Rosmah sudah tidak lagi bergaya dengan beg tangan mewah. Mana tidaknya, semasa serbuan pihak berkuasa di rumah beliau, 72 bagasi mengandungi wang tunai, barang kemas dan pelbagai barangan berharga telah dirampas.

beg tangan rosmah kena rampas

Antara yang turut dirampas ialah sebanyak 284 kotak berisi beg tangan berjenama mewah ditemui dalam sebuah unit kediaman di Pavilion Residences Apartment yang diperiksa polis berhubung siasatan skandal 1MDB.

Tiada lagi polis pengiring yang ramai

Kalau dulu, lagi sebatu Datin Rosmah nak sampai ke sesebuah program, kita dah dengar bunyi siren kereta polis dan deruman enjin motorsikal "outrider" yang mengiringi kenderaan dinaikki beliau dan suaminya Najib Razak.

Kini, sejak tidak lagi menjadi isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Rosmah pergi ke mana-mana tanpa polis pengiring lagi. Biasalah tu, polis pengiring yang ramai hanya diperuntukan untuk Perdana Menteri, Najib sekarang bukan lagi seorang PM, beliau hanyalah seorang Ahli Parlimen biasa yang mewakili Daerah Pekan Pahang.

Wajah Rosmah yang sebenar selalu dapat kita lihat

Dulu semasa BN memerintah, media arus perdana semua bawah kawalan BN. Media alternatif atau media-media yang pro-pembangkang sering kali tidak dibenarkan untuk membuat liputan tentang program-program dihadiri Datin Rosmah. Maka tak banyak gambar Rosmah boleh kita lihat di media sosial.

Jika ada pun, kebanyakan gambar sudah melalui tapisan entah kali ke berapa untuk memastikan gambar-gambar yang cun melecun dan bagus sahaja disiarkan. Itu tak masuk gambar-gambar photoshop lagi.

Datin Rosmah Photoshop

Tapi selepas BN kalah media bukan lagi di bawah kawalan BN, lihat sahajalah gambar Datin Rosmah yang berlegar-legar di media sosial dan internet sekarang. Tidak ada tapisan lagi, macam-macam gambar sebenar Rosmah boleh kita lihat.

Rosmah Witch

Apa lagi perubahan ketara gaya hidup Rosmah sejak Pakatan Harapan menang? Ada lagi tak?

Sila tinggalkan komen di bawah.

Post a Comment

0 Comments