Pasport paling berkuasa di dunia tahun 2019

TAHAP betapa berkuasanya sebuah pasport ditentukan berdasarkan berapa banyak negara yang boleh dilawati oleh pemiliknya tanpa menggunakan visa.

Pasport Emeriah Arab Bersatu dilaporkan sebagai paling berkuasa di dunia bagi tahun 2018 meninggalkan Singapura dan Jerman di tempat kedua, manakala Amerika Syarikat di tempat ketiga dan United Kingdom di tempat keempat.

Passport Index yang meletakkan penarafan terhadap dokumen itu dilaporkan berkata, negara timur tengah itu meningkat naik ke tangga pertama selepas menambah empat lagi negara di dalam senarai bebas visa untuk rakyatnya mulai 1 Disember 2018.

Pasport paling berkuasa di dunia 2019

Negara tangga pertama mempunyai pasport paling berkuasa di dunia tahun lalu iaitu Singapura pula kali ini berkongsi kedudukan di tangga kedua bersama dengan Jerman.

Pasport Amerika Syarikat pula meningkat tiga tangga berbanding tahun lalu manakala United Kingdom kekal di tangga keempat.

Pasport Index, ditubuhkan oleh Syarikat konsultan, Arton Capital yang berpengkalan di Kanada memberi penarafan terhadap dokumen perjalanan berdasarkan berapa banyak sempadan boleh dilintasi oleh pemegang sesuatu pasport.

Seseorang yang memiliki pasport UAE kini boleh melintasi sempadan 167 negara tanpa memerlukan visa atau perlu dikeluarkan visa semasa ketibaan.

Peningkatan itu dianggap sangat mendadak memandangkan tahun lalu Negara UAE tidak termasuk dalam senarai 10 negara teratas pun untuk pasport paling berkuasa.

Pemimpin Dubai, Sheikh Mohammad bin Rashid Al Maktoum gembira dan mengalu-alukan berita itu. Beliau turut menyatakan perasaan gembira itu melalui laman sosial Twitter miliknya.

"Tahniah kepada UAE dan rakyatnya, dan terima kasih banyak kepada pasukan Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa," tulisnya.

Pemegang pasport Singapura dan Jerman menawarkan lawatan bebas visa atau visa semasa ketibaan kepada sejumlah 166 negara di seluruh dunia.

Sebelas buah negara termasuk Amerika Syarikat, terikat di kedudukan ketiga yang mana Rakyat di negara-negara ini boleh memasuki 165 destinasi tanpa memerlukan visa.

Denmark, Sweden, Finland, Luxemberg, Perancis, Itali, Belanda, Sepanyol, Norway dan Korea Selatan turut berada di tempat ketiga.

Sementara United Kingdom pula terikat di tempat ke-4 bersama dengan Belgium, Austria, Jepun, Greece, Portugal, Switzerland, Ireland, dan Kanada di mana pemegang pasport negara-negara ini boleh melancong ke 164 negara.

Czech Republic dan Hungary yang berada di tempat kelima membenarkan rakyatnya melawat ke 163 negara tanpa visa.

Afghanistan pula dinobatkan sebagai pasport paling tidak berkuasa mengikut penarafan itu dengan hanya membenarkan rakyatnya melawat ke sebanyak 29 buah negara sahaja.

TOP 10 PASPORT PALING BERKUASA DUNIA 2019
  1. United Arab Emirates 
  2. Singapore, Germany 
  3. Denmark, Sweden, Finland, Luxembourg, France, Italy, Netherlands, Spain, Norway, South Korea and USA 
  4. Belgium, Austria, Japan, Greece, Portugal, Switzerland, Ireland and Canada and United Kingdom 
  5. Czech Republic and Hungary 
  6. Malta, Iceland, 
  7. New Zealand Malaysia, Slovenia, Poland, Lithuania, Slovakia, Latvia and Australia 
  8. Estonia 
  9. Romania and Bulgaria 
  10. Cyprus and Liechtenstein

Sumber   Passport Index/preview/button

Post a Comment

1 Comments

  1. PINJAMAN PINJAMAN BERLAKU SEKARANG CEPAT DAN DINAMIS.
    Selamat siang, saya Susil Nabi dengan nama dan saya tinggal di Indonesia, saya tertarik untuk berbicara tentang kebaikan Tuhan dalam hidup saya setelah berbulan-bulan mencoba untuk mendapatkan pinjaman di internet dan telah ditipu sehingga saya menjadi putus asa dalam mendapatkan pinjaman dari pemberi pinjaman secara online kemudian saya melihat komentar dari seorang teman bernama PENDU FAJAR (pendufajar@gmail.com) dan dia berbicara tentang perusahaan pinjaman yang sah ini di mana dia mendapat pinjaman cepat dan mudah tanpa tekanan sehingga dia memperkenalkan saya kepada seorang wanita bernama Nyonya CHERYL yang mengendalikan perusahaan bernama CHERYL MARTINS LOAN FIRM, Jadi saya mengajukan permohonan untuk jumlah pinjaman total (Rp 899.000.000,00) dengan suku bunga rendah 1%, sehingga pinjaman disetujui dan setelah proses berikut sedang dilakukan oleh perusahaan dengan 24 jam dana saya dimasukkan ke dalam rekening bank saya yaitu bagaimana saya bisa mendapatkan pinjaman saya untuk menjaga bisnis saya tetap berjalan dan juga untuk membayar tagihan saya jadi saya terburu-buru Pastikan semua orang tertarik dalam mendapatkan pinjaman cepat dan mudah untuk menghubungi mereka melalui email: {cheril.martinsloanfirm@gmail.com} untuk mendapatkan pinjaman apa pun yang Anda butuhkan hari ini, Anda masih dapat menghubungi saya untuk info lebih lanjut Email saya: (susilnabi@gmail.com) terima kasih telah membaca kesaksian yang terbesar dalam hidup saya.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda