Pelajar Muslimah kena kecam sebar risalah Muslims love Jesus (Video)

PIHAK tertentu sejak semalam hangat menyebarkan video beberapa orang pelajar muslimah (wanita), dari universiti tempatan yang menyebarkan risalah tentang Jesus.

Muslims Love Jesus

Mereka ini lebih tepat kita panggil sebagai "machai-machai" politik sejak semalam nampaknya sudah mendapat idea baru untuk meniupkan sentimen agama kepada rakyat Malaysia.

Dalam video itu sekumpulan pelajar wanita memakai tudung dihampiri oleh sebuah kereta yang dipandu seorang perempuan.

Sebaik saja dihampiri, pelajar wanita itu menyerahkan sekeping risalah yang mana di muka hadapannya bertulis "Muslims Love Jesus," sebelum menawarkan dan menyerahkan juga sekeping lagi risalah yang berbahasa Melayu.

Mereka mengaku sebagai pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak.

Berikut rakaman yang dimaksudkan. Sila klik untuk menonton video.


Kalau kita lihat tak ada masaalahnya pun risalah itu disebarkan. Ia sebenarnya sebuah usaha dakwah dijalankan oleh pelajar-pelajar itu di dalam memberitahu secara berhikmah bahawa Jesus (Nabi Isa) adalah salah seorang Rasul yang sangat disayangi dan dihormati oleh umat Islam.

Namun kalau kita lihat di media sosial Facebook, dan Whatsapp sejak semalam, ramai pihak yang mengecam tindakan pelajar ini menyebarkan risalah berkenaan. Siap ada yang menyalahkan Jabatan Agama Islam.

Muslims Love Jesus Facebook
Machai-machai politik ini malah mengaitkan dan menyalahkan DAP dengan aktiviti dakwah berkenaan.

WhatsApp

*** Orang nak berdakwah pun kena kecam dengan machai

16 Comments

  1. Jesus tu nama lain bagi nabi isa. Nabi Muhammad (saw) pon mempunyai banyak nama. Cuma watak nabi isa di agama kristian sahaja yg diselewengkan. Kepercayaan kepada nabi dan rasul adalah salah satu rukun iman yang enam.

    Jadi mana salahnya?

    ReplyDelete
  2. Jesus mati disalib...nabi isa masih hidup diangkat tuhan kelangit...jelas jesus bukan nabi isa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat kau tak baca Al-Quran

      Delete
    2. ni lagi sekor bengap..main taip je..kan nampak bodoh ko kat situ

      Delete
    3. Jesus adalah nama lain bagi nabi isa yang di beri nama oleh Kristian .. mengaji lagi bro jangan terpesong and satu lagi kalau x tahu jangan buat tahu

      Delete
    4. yg atas kayu salib tu nama dia JUDAS ESCARIOT , the traitor of Prophet Jesus. Allah changed his face by the face of Jesus selepas baginda diangkat Allah ke langit.

      Delete
    5. bg Org kristian, jesus isa dah mati disalib. sedangkan kita islam PERCAYA JESUS ISA DIANGKAT KELANGIT .

      Delete
  3. Melayu2 yg dok maki hamun tu prnahkah mereka mengajak kwn cina or india mereka memeluk Islam walau dengan sepatah prkataan. Bila lahir seorang cina yg memeluk Islam (firdaus wong wai hung) dan menjalankn usaha dakwah kpd org bukan Islam berbagai tohmahan dan makian yg dilemparkan oleh melayu2 tersebut. Untuk mendapat penerangan lbh lanjut sila ikuti fb beliau.

    ReplyDelete
  4. Relax, jgn salah paham.. ni steet dakwah from Team Ustaz Firdaus womg.. from street dakwah ni dah 2 org non muslim convert to muslim. Betul la dia ckp Islam love jesus.. jesus tu kan nabi isa.. dia tak ckp pun jesus tu tuhan kita.. kita kan sayang nabi2 kita.. cuma kalu christian dioramg anggap jesus tu anak tuhan.. so dioramg explain la jesus tu siapa in islam..

    ReplyDelete
  5. Org melayu kurang pembacaan, nabi daud a.s di pangil david, Nasi musa a.s di pangil moses, nabi Isa a.s dipangil jesus, so ape masalahnya itukan semua 25 rasul dan nasi wajib di ketahui. kita semua "love" rasul dari Adam sampailah muhammad S.A.W , our last messenger...

    ReplyDelete
  6. Kalau nak berpolitik pun janganlah sampai menutup pintu kebenaran dan pada masa yang sama menjadikan prang lain juga jahil. Untuk pengetahuan (pihak yang tidak tahu tetapi gelojoh nak berkomentar), Jesus itu Nabi Isa. Belajarlah dengan lebih banyak. Jangan cepat melatah, nanti orang kata "kita" tidak cerdik. Apa makna frasa "tidak cerdik"? Jawablah kepada diri sendiri, ya.

    ReplyDelete
  7. Inilah masalah islam melayu yg duduk bawah tempurung. Bagi dia islam ialah melayu shj. Dia tak sedar brp ramai penganut islam di dunia drp pelbagai bangsa dan budaya. Pergi haji dan umrah pun tinggal bersama jemaah melayu malaysia dan tak bergaul dgn jemaah lain. Itu sebab dia dok berasa insecure dgn kemelayuan dia sampai bila2, tambah pula dibatuapikan oleh lobai2 yg nak ambil kesempatan politik dgn menjual agama. Sekurang2nya tengoklah video youtube yg memaparkan gaya hidup, cara pemikiran dan interaksi kaum selain melayu yg beragama islam. Dan bacalah quran dan maknanya supaya tidak mudah dipengaruhi oleh pihak yg berfikiran sempit dan ingin mengambil kesempatan

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah nampaknya terdapat perubahan tsrhadap keperluan berdakwah secara matang. Pencacai politik usahlah ganggu mereka kalau x hendak membantu.

    ReplyDelete
  9. Islam dah bagi panduan dari awal lagi. Jangan buat tuduhan tanpa bukti. Jangan terus mencerca tanpa siasat. Jangan kerana sentimen politik, kerja yang baik menjadi bahan fitnah. Jadilah orang Islam yang berbicara dengan ilmu dan fakta yang sahih agar lebih dihormati semua orang.

    ReplyDelete
  10. Ada masjid di london di beri nama masjid jesus saw.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan