Pemimpin kuil Seafield mohon maaf kerana tuduh Adib dilanggar lori Bomba

PEMIMPIN Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield USJ 25 yang sebelum ini menuduh Muhammad Adib Mohd Kassim dilanggar oleh lori bomba ketika rusuhan minggu lalu dilapor memohon maaf berhubung perkara itu.

S. Ramaji dilapor berkata, beliau membuat ulasan itu sebelum ini selepas melihat sebuah klip video dan mahu mengetengahkan kebaikan orang yang mula-mula membantu anggota bomba berusia 24 tahun itu.

"Saya dengan rendah diri mohon maaf atas segala kekeliruan. Saya cuma mahu tunjukkan sisi baik orang-orang yang segera membantu anggota bomba itu, dan bukan mahu timbulkan kekeliruan tentang kejadian secara keseluruhan atau menuduh sesiapa," katanya.



"Sekali lagi saya tegaskan bahawa ini bukanlah satu insiden perkauman. Malah setiap hari saya berdoa untuk anggota bomba itu," katanya, lapor Malay Mail.

"Sesetengah orang kata orang India tarik dia (Adib) keluar dari kenderaan dan belasah dia, keesokan harinya kami dapat video,"

"Jadi keesokkan hari apabila kami dapat video ini, kami berasa sangat teruja kerana kami dapati ada bukti bahawa orang India kita tidak melakukannya. Jadi bila kita dapat bukti itu, kami fikir ia patut diberikan kepada wartawan," kata Ramaji atau nama sebenarnya M Ramachandran yang ditemui baru-baru ini.

Tambahnya lagi, beliau hanya mahu memberikan bukti yang diterima oleh ahli kuil, dan tidak mempunyai sebarang niat jahat terhadap sesiapa pun yang terlibat dalam kejadian itu.

"Terima kasih Adib kerana berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Kamu seorang yang sangat baik dan saya akan terus doakan kamu dalam doa saya," katanya.

BACA JUGA   Rakaman bukti Adib tidak dilanggar lori Bomba

Pada 28 November lalu, Ramaji dilapor memberitahu wartawan dalam satu sidang media bahawa kecederaan parah yang dialami oleh Muhammad Adib bukan akibat diserang oleh perusuh, tetapi kerana dilanggar oleh lori bomba yang mengundur secara laju.

Ramaji turut merujuk kepada video klip yang dimuat naik ke laman Facebook dan dikongsi di pelbagai platform media sosial untuk menyokong dakwaannya.

Muhammad Adib, anggota bomba dari Unit Tindakan Kecemasan (EMRS) Subang Jaya telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dari Subang Jaya Medical Centre (SJMC) pada malam 27 November.

Beliau telah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) di SJMC pada pagi hari yang sama dalam keadaan rusuknya patah dan bengkak di bahagian dada serta abdomen selepas dikatakan dibelasah oleh perusuh yang menariknya keluar dari kenderaan yang dinaikki.

Bagaimanapun minggu lalu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan bahawa anggota bomba Muhammad Adib telah dibelasah dan bukan dilanggar oleh lori bomba pada hari kedua kejadian rusuhan di kuil Seafield.

"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi setakat ini, dia tidak dilanggar oleh lori bomba. Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohamad Hamdan Wahid juga telah mengesahkan perkara ini semalam dan satu laporan polis telah dibuat,"

"Kami sedang kenal pasti individu yang berkongsi sebuah video mendakwa Muhammad Adib telah dilanggar oleh sebuah lori dan sebilangan individu dari pengurusan kuil yang menyebarkan informasi palsu ini," katanya kepada wartawan.

Post a Comment

11 Comments

  1. Ini uncle tak boleh pakai, bikin malu orang India, bikin malu orang Hindu. Mereka berpuak-puak demi pertahanan tempat beribadah dan bersembahyang.

    Duit sudah diterima bersama mereka RM1.5 juta tapi tidak berupaya untuk pindah, jenis apa manusia semacam yang begini?

    Kita semua malu kerana seorang begini yang ibarat susu sebelanga menjadi rosak sebab satu titik.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik sami Hindu ni nasihatkan bangsa dia agar jadi lebih baik bersatu bersama Melayu untuk tentang bangsa yang "diam kononnya" TAPI sedang bertepuk tangan apabila Melayu + India bergaduh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita patut kutuk sesiapa sj tak kira bangsa atau agama yg cuba melaga2kan rakyat malaysia demi kepentingan politik sempit mrk

      Delete
  3. Sami ini bercakap berdasarkan kebijaksanaan dan kepandaian yang dikurniakan oleh tuhannya, dia seorang yang baik dan suka menolong orang.

    Malah beliau juga kerap beramal dan didampingi oleh tuhan yang berkuasa.

    Jadi kita sebagai rakyat biasa sukar untuk memahami kebijaksanaan dan kepandaian yang tuhan telah kurniakan ke atas diri beliau. Kita bukan tandingan jika dia didampingi tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deyyy...tambi...mabok todi ka...bijak apa tuduh tanpa periksa....tuhan dia silap bagi otak...patut boh dalam kepala tp masuk dlm kepala lutut...

      Delete
  4. Ini menunjukan ajaran hindu tidak relevan. Mereka sembah batu. Batu tak boleh ubah sikap manusia jadi baik. Mungkin orang hindu boleh fikir logik. Walaupun dah jadi lawyer, doktor dan orang pandai tak sembah batu.

    ReplyDelete
  5. Uncle ni sebenarnya tujuan dia baik, dia nk selamatkan nama baik kaum india, bagus, sy sokong yg itu. Tp yg x bagusnya, uncle ini terus membuat speculation hanya dgn berdasarkan 1 video yg kurang jelas.

    ReplyDelete
  6. Duit sudah sapu....pindah xmau....yennadeyyy

    ReplyDelete
  7. Zaman Nabi Ibrahim dahulu, baginda merobohkan/memusnahkan semua patung2 yang ada...

    ReplyDelete
  8. Selamat hari untuk orang-orang baik dari Indonesia, saya sangat senang dan memutuskan untuk berbagi kebahagiaan saya dengan Anda semua, keluarga saya dan saya telah diberkati oleh Tuhan menggunakan Cheryl Martins Loan Firm membantu saya dan mengubah hidup seluruh keluarga saya dengan angka pinjaman besar, nama saya Michael Renaldi, saya mengajukan pinjaman satu minggu yang lalu dan saya mendapatkan pinjaman yang disetujui pada hari Senin dan hari ini saya memiliki pinjaman sebesar Rp.600.000.000,00 ditransfer ke rekening bank saya tepat setelah pendaftaran saya ke perusahaan dengan sangat cepat dan dinamis, saya sangat yakin dan saya juga percaya bahwa Cheryl martins Loan Firm adalah yang terbaik dan saya berdoa Tuhan akan memberkati mereka dan menjaga bisnis mereka terus maju, Amin. Perusahaan pinjaman Cheryl martins adalah perusahaan yang dapat diandalkan dan sah dan dengan suku bunga rendah 1% sangat cepat dan mudah Anda dapat menghubungi perusahaan induk muslim yang setia melalui email: Cheril.martinsloanfirm@gmail.com. Anda dapat menghubungi saya di email saya: michaelrenald40@gmail.com

    Terima kasih,
    Renaldi.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda