Rosmah Mansor wanita paling banyak carian Google Malaysia 2018

TIDAK dapat dinafikan, wanita penuh kontroversi, Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri, memang sangat popular.

Jika tidak manakan mungkin boleh muncul sebagai wanita paling banyak dicari oleh pengguna Malaysia menerusi enjin carian Google. Ini menunjukkan pengguna internet di Malaysia sangat berminat untuk mengikuti kisah Rosmah Mansor.

Rosmah Mansor

Malah populariti Rosmah mengalahkan artis-artis popular tanah air, apabila berada di tangga ke empat orang paling banyak dicari tahun tahun lalu di Malaysia.

Bukan itu sahaja, bagi carian wanita di Malaysia, Rosmah Mansor turut menewaskan Meghan Markle, yang berada di tempat pertama manusia paling banyak dicari seluruh dunia bagi tahun 2018.

Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, tidak kurang hebatnya apabila berada di tangga kedua wanita paling banyak dicari dalam kategori sama.

Bagi kategori orang paling banyak dicari tanpa mengira jantina pula, Najib Razak berada di tempat pertama diikuti oleh Mahathir Mohamad dan Syed Saddiq di tangga kedua dan ketiga.

Manusia paling banyak dicari di malaysia 2018

Dalam turutan 10 manusia paling banyak dicari di Malaysia menerusi Google untuk tahun 2018, hanya seorang artis tempatan terselit dalam senarai berada di tangga kelapan iaitu pelakon Farid Kamil.

Berikut senarai 10 turutan manusia paling banyak dicari di Malaysia menerusi carian Google tahun 2018.
  1. Najib Razak
  2. Mahathir Mohamad
  3. Syed Saddiq
  4. Rosmah Mansor
  5. Meghan Markle
  6. Anwar Ibrahim
  7. Mat Sabu
  8. Farid Kamil
  9. Alexis Sanchez
  10. Nurul Izzah
Namun jika kita lihat jumlah purata carian bulanan bagi kata kunci "Rosmah Mansor" di seluruh dunia pula, ialah sebanyak 110,000 menewaskan "Mahathir Mohamad" dan "Syed Saddiq" yang berkongsi jumlah sama iaitu sebanyak 90,500.

Purata-carian bulanan

Carian kata kunci "Rosmah Mansor" hanya tewas dengan "Najib Razak" iaitu purata carian sebanyak 165,000 sebulan.

Dari data-data ini dapatlah kita simpulkan bahawa Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor adalah dua rakyat Malaysia paling banyak dicari seluruh dunia menerusi enjin carian Google.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan