Telefon pintar 7 kali lebih kotor berbanding tempat duduk tandas — Kajian

KAJIAN mendapati secara purata, telefon pintar adalah hampir tujuh kali lebih kotor berbanding tempat duduk di tandas.

Telefon pintar yang menggunakan perumah (casing) diperbuat daripada kulit didapati menyimpan paling banyak bakteria.

Tidak terkecuali telefon pintar yang menggunakan perumah jenis plastik pula meskipun sering dibersihkan mengandungi lebih enam kali kuman yang ditemui pada tempat duduk tandas.

Telefon Pintar

Satu tinjauan yang dibuat di kalangan pekerja-pekerja pejabat mendapati dua daripada lima orang membawa telefon pintar milik mereka ke dalam tandas di tempat kerja.

tandas

Syarikat Initial Washroom Hygiene dilapor mengkaji sampel-sampel swab dari telefon pintar menggunakan sejenis peranti tangan yang akan memancarkan cahaya apabila terdapat mikrob hidup di permukaan sampel.

Info — Dalam tahun 2011 penyelidik dari London School of Hygiene and Tropical Medicine mendapati satu daripada enam telefon pintar tercemar dengan kuman-kuman najis, termasuk kuman E. coli yang boleh menyebabkan keracunan makanan.alert-warning

Sebuah tandas duduk yang diimbas menggunakan peranti berkenaan menunjukkan sejumlah 220 tompok cahaya ditemukan, di mana terdapat bakteria bersembunyi, namun secara purata bai seunit telefon pintar mempunyai sebanyak 1,479 tompokan apabila diimbas.

Prof. Hugh Pennington seorang profesor emeritus bakteriologi di University of Aberdeen berkata:

"Memeriksa telefon pintar hampir serupa seperti mencari kuman pada sapu tangan anda, tentu sekali anda akan menemuinya disebabkan oleh sentuhan fizikal rapat anda dan peranti ini setiap hari,"

"Terdapat juga norovirus, namun kuman yang terdapat pada telefon pintar kemungkinan sekali adalah bakteria pemiliknya sendiri, oleh itu kebarangkalian untuk menyebarkan penyakit adalah rendah,"

"Bagaimanapun adalah tidak baik untuk sesebuah telefon pintar sering bertukar tangan antara individu,"

Post a Comment

0 Comments