Tumblr haramkan dan padam semua kandungan lucah mulai 17 Disember

LAMAN sosial Tumblr yang terkenal sebagai lubuk kandungan gambar dan video lucah akan haramkan sebarang kandungan visual berunsur pornografi mulai 17 Disember 2018.

Tumblr

Pengguna Tumblr digalakkan untuk melapor (flag) sebarang kandungan berunsur lucah supaya dapat disingkirkan dari lamannya.

Kandungan lucah sedia ada pula akan ditetapkan sebagai "private," di mana ia hanya boleh dilihat oleh individu asal yang memuat naik kandungan berkenaan.

Kenapa Tumblr tiba-tiba nak haramkan kandungan lucah selepas bertahun-tahun jadi hub porno paling popular?

Tindakan itu dipercayai terpaksa diambil selepas aplikasi Tumblr dikeluarkan dari iOS Store pada 16 November lalu akibat dari kandungan lucahnya yang berleluasa.

Syarikat yang dimiliki oleh Yahoo itu mengesahkan bahawa penyingkiran aplikasinya dari iOS Store ada kaitan dengan penyebaran bahan lucah kanak-kanak yang dimuat naik oleh pengguna.

Dalam satu kenyataan medianya, Tumblr menjelaskan bahawa syarikat itu komited di dalam membantu membina suasana atas talian yang selamat untuk semua pengguna.

Dasar syarikat itu juga menurutnya tidak akan bertolak ansur berhubung perkara melibatkan penderaan seksual dan kandungan lucah kanak-kanak.

"Kami akan bernilai secara berterusan langkah-langkah lanjut yang boleh diambil untuk menambah baik dan tidak ada keutamaan lebih penting bagi pasukan kami,"

"Salah satu langkah lanjut, nampaknya ialah dengan menyingkirkan semua kandungan dewasa di dalam Tumblr secara keseluruhannya," katanya.

Sementara itu di laman sosial Twitter pula, seperti ada yang tidak kena dengan sistem aduan Tumblr buat masa ini, ramai pengguna yang mengadu mendakwa visual-visual tidak berunsur lucah yang dimuat naik mereka telah digantung.

Tumblr

Post a Comment

0 Comments