Johor Bakal muflis - PAS mohon sultan campur tangan


PAS mahu Sultan Johor ,Tunku Ibrahim Ismail campurtangan ekoran kedudukan kewangan kerajaan negeri itu yang didakwa sangat lemah sehingga dijangka membawa kepada muflis menjelang tahun 2012.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Hj Dzulkifli Ahmad mendedahkan, bagi tempoh tiga tahun berturut-turut negeri itu mengalami defesit sebanyak RM2.04 juta (bajet 2008), RM2.746 juta (bajet 2009) dan RM1.5 juta (bajet 2010).

Dalam masa yang sama katanya, hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 peratus daripada RM841.13 juta pada 2007 kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion pada 2008.

"Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Johor adalah rendah kerana jumlah aset semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta (Tunai RM36.37 juta dan pelaburan RM165.16 juta) berbanding tanggungan semasa yang berjumlah RM943.54 juta.

"Dengan kata lain, jumlah aset semasa tidak dapat menampung jumlah tanggungan semasa.Sebagai perbandingan jumlah aset semasa negeri Johor adalah RM1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM1,025.89 juta,"katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan