Syed Husin Saman Utusan 10 Juta



Ada untungnya juga ye bila akhbar terkenal macam utusan ni buat fitnah, orang yang terkena fitnah bakal dapat habuan besar dengan menyaman mereka. Baguslah Utusan teruskan fitnah! Dosa dapat duit pun melayang... Kalau nak saman individu belum tahu mampu bayar, tapi kalau saman Utusan, dan boleh menang kes memang durian runtuh ler... Apa pun kita tengok di mahkamah nanti siapa yang benar.

(Harakahdaily)
PETALING JAYA, 26 Mac: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali telah menghantar surat melalui Peguambela & Peguamcara Edwin Lim Suren & Soh kepada Pengarang dan Pengurus Utusan Melayu Bhd dan juga Zamil Ibrahim kelmarin, menuntut mereka meminta maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, ini berkaitan sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac 2010 di bawah tajuk “RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis”.

Dalam berita tersebut dituduh konon beliau menerima RM500,000 daripada Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

“Saya mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu terhadap mereka tersebut sekiranya tiada jawapan daripada mereka dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan itu,” ujarnya

CiLiK©: Bila agaknya Utusan nak fitnah MiLo SuaM ye, boleh gak main saman-saman ha ha..

1 Comments

  1. gelas putih
    SELAMAT PAGI BOSKU AYO MARI DATANG DAN BERGABUNG BERSAMA KAMI DI WWW S128AGEN COM
    KAMI MENYEDIAKAN PERMAINAN MENARIK YANG DAPAT ANDA MAINKAN
    - SPORTSBOOK
    - SABUNG AYAM { HOT GAME }
    - TEMBAK IKAN
    - TANGKASNET { HOT GAME }
    AYO MASIH BANYAK LAGI GAME YANG KAMI SEDIAKAN
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan