Comel menjadi satu tanda adanya Allah


'Comel' adalah satu istilah mudah yang biasa kita dengar di dalam kehidupan seharian. Secara mudahnya, 'comel' membawa maksud rupa, sifat, kelakuan atau penampilan sesuatu yang membuatkan si pelihat timbul perasaan sayang di dalam hati dan ingin melindungi sesuatu yang comel itu. Sama ada sedar ataupun tidak, setiap orang mempunyai kebolehan untuk menilai sifat comel secara subjektif.

Sedarkah anda bahawa setiap hidupan di dunia ini hanya memiliki sifat comel di awal peringkat hidup mereka? Sifat comel ini akan beransur-ansur hilang seiring dengan peningkatan usianya perlahan-lahan sehinggalah akhirnya sifat comel itu tiada lagi apabila ia sudah mencapai tahap dewasa atau matang.

Seekor harimau yang garang berasal daripada seekor anak harimau yang sangat comel semasa peringkat awal hidupnya. Seorang manusia dewasa juga adalah seorang bayi yang comel pada asalnya. Malah kalau diperhatikan anak pokok kelapa juga dapat dinilai sifat comelnya berbanding pokok kelapa yang sudah meninggi dan matang.

Tahukah anda bahawa sifat 'comel' ini sebenarnya memberikan faedah yang sangat berharga kepada pemiliknya? Dengan adanya sifat 'comel' pada sesuatu hidupan itu membolehkan ia dapat terus bertahan untuk hidup sehingga sampai tahap matangnya. Pada peringkat awal kehidupan, sesuatu makhluk itu baik manusia, tumbuhan mahupun haiwan tidak mempunyai daya untuk mempertahankan dirinya daripada musuh dan persekitaran yang berbahaya kerana ia lemah dari segi tenaga dan pengalaman.

Terima kasih kepada sifat 'comel', dengan adanya sifat ini, sesuatu makhluk yang lemah itu dapat mempertahankan diri dari musuhnya. Malah dengan sifat 'comel' ini juga memungkinkan ia dibantu untuk meneruskan hidupnya di dalam mengharungi persekitaran yang kasar dan berbahaya.

Jelas sekali sifat 'comel' berperanan sebagai sistem pertahanan untuk sesuatu makhluk hidup di peringkat awal usianya. Anda boleh lihat sendiri di dalam kehidupan seharian bagaimana sifat 'comel' menjadi alat untuk melindungi sesuatu makhluk.

Bukankah di dalam filem Tarzan, ibu beruk tergerak hati untuk membela si kecil Tarzan kerana terpesona dengan sifat comelnya? Adakah anda sampai hati untuk membunuh seekor anak harimau yang sangat comel walaupun anda tahu dewasanya kelak akan membaham anda?



Malah penulis sendiri pernah terlihat video di Youtube rakaman seekor buaya yang tidak sampai hati memakan anak-anak penyu yang comel. Ibu buaya itu memasukkan anak-anak penyu di dalam mulutnya bukan untuk menelannya, tetapi untuk membantu anak penyu itu ke laut (membawa anak penyu di dalam mulut, kemudian dilepaskan ke laut).

Apa yang menarik untuk disampaikan di sini ialah, sedarkah anda bahawa sifat comel ini terdapat pada semua benda hidup di peringkat awal usia mereka? Tambah menarik apabila boleh dikatakan semua makhluk mampu menilai sifat comel dan menimbulkan perasaan sayang di hati-hati mereka untuk melindungi. Sungguh pun terdapat pengecualian, ia hanyalah sekadar pengecualian yang kecil. Namun si comel ini langsung tidak menyedari sifat dirinya sendiri, dia langsung tidak menyedari bahawa sifat 'comel' pada dirinya telah membantunya untuk terus hidup di muka bumi ini.

Sekiranya kita berfikir sejenak, bukan ibunya, bukan dirinya malah bukan alam sekeliling yang menghasilkan sifat comel serta memberikan kebolehan menilai sifat comel itu pada yang melihatnya. Tentu sekali tidak dapat diterima akal kalau sifat itu datang dengan sendirinya. Namun jelas sekali ada Pencipta yang mengaturkan kewujudan sifat comel ini! Siapakah Dia? Tanya hati anda!


“iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, oleh itu peliharalah kami dari seksa api neraka” (Al-Imran : 190)


Penulis tamu,
As Siddique©

9 Comments

  1. Subhan Allah, izinkan saya copy artikel ni ye...

    ReplyDelete
  2. Indahnya ciptaan Allah, sifat yg kerdil ini pun memberi faedah yang sangat besar =)

    ReplyDelete
  3. Subhanallah indahnya... ~Selamat beramal~

    ReplyDelete
  4. Comel sungguh mak beruk tu yek? huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Setiap benda yang Allah ciptakan tentu sekali bersebab dan mempunyai faedah tersendiri... Allah tidak akan mencipta sesuatu itu dengan sia-sia... Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!!

    ReplyDelete
  6. fullamak. comey~~~
    kalau awek comey lak?? ulaskan.. =D

    ReplyDelete
  7. Awek comey lagilah sayang keh keh keh...

    ReplyDelete
  8. tetapi masih adakah lagi sifat comel ini berfungsi untuk melindungi makhluk yg comel apabila gejala pembuangan bayi semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini???

    ReplyDelete
  9. baik sgh nasib sicomel tapi klu comot cmne ek tk ada sape nk sayg.kesmplnnya comel menmblkn rasa bls dn sayang...wp ia nya sbjktif...sb tula moto comel jarg dtunggang..ingin benar jumpe penulis mesti comel kn....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan