Himpunan di Masjid seluruh Malaysia membantah Rosmah

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.


ReJaM©

14 Comments

  1. Menjadi kewajipan rakyat umat islam utk menegur perkara begini. Buat demontrasi aman bukan mencetus kekacauan tetapi utk menarik perhatian pihak berkenaan dalam pada ruang media perdana dimonopoli oleh puak pemerintah.

    Menyatakan bantahan adalah tanda kesyukuran kerana kesyukuran itu dilahirkan dgn kita membantah perkara mungkar dan menyeru perkara maaruf. Membiarkan perkara mungkar bukan persyukur, itu kufur namanya.

    Biarkanlah syaitan2 bisu dgn dunia mereka, menikmati sementara takhta dibilik2 hawa dingin yg nyaman perut kenyang hati pun senang. Lima waktu boleh dijaga, ancaman kepada umat peduli apa.

    Bukan mengenai festival itu saja perlu di bantah kat makcik tu. Tegur juga akan sifat dan imej buruknya yg mengaku wanita pertama. Umum tahu bagaimana campurtangan dia yg berlebihan dalam pentadbiran suaminya. Org umno tahu perkara ini dan mengharap PR lah yg menegur. Mereka semua berkepentingan dan takut akan C4.

    Begitu juga patut ditegur akan sikap suka membazir berbelanja soping sana sini. Termasuk ubahsuai Sri Perdana yg menelan lebih RM60J. Sudah tentu ubahsuai dalaman ni diserah kepada 'org rumah' PM.

    Dgn RM60J itu sudah tentu boleh menutup program tv3 Bersama Mu kerana tidak ada lagi miskin melarat jika disalur dgn cara dan program yg baik dgn dana sebanyak itu kepada mereka.

    Ros, ingat2lah hari tua dan hari anda dipakaikan dgn fesyen islam warna putih tanpa jenama, hari yg tidak bermanafaat suami anak2 dan bodyguard. hari yg wang ringgit tidak lebih daripada kertas kosong sahaja. Suka guna gelaran wanita pertama, silakan lah, takda sapa nak cemburu. Tapi janganlah nanti menjadi wanita pertama yg dihumban..........nauzubillahiminzalik

    ReplyDelete
  2. Tajam gak tulisan ko ye jaka! boleh jadi penulis jemputan Milo Suam nih! hahaha....

    ReplyDelete
  3. ya Allah..cdey nye la aq kalau masih bada org islam yg mmilih pmimpin yg bini dye pon da camni

    ReplyDelete
  4. Bila fikir pasal politik akhir zaman ni, sebenarnya malas untuk turut terlibat sama. Lebih-lebih lagi dengan ilmu politik yang cetek, kekurang fakta/bukti sahih, tambahan pula ilmu agama yang tak mantap untuk keluarkan hujah-hujah berasap. Tapi dengan kewujudan wanita berambut kembang, kulit tegang itu lah tanpa berlengah-lengah saya terus mendaftar nama untuk mengundi bagi laksanakan tanggungjawab yang sengaja diabaikan sebelum ini. Terima kasih Perdana menteri Rosmah, kerana dengan kewujudan anda sebagai PM dan Najib sebagai timbalan, telah menyedarkan ramai pihak untuk keluar memangkah bulan! Syabas...

    ReplyDelete
  5. Tahniah NOI anda membuat keputusan yang sgt bijak!

    ReplyDelete
  6. terasa negara malaysia ni bagai telah dilaknat. apakah rakyat malaysia ni buta mata...atau buta hati? na'uzubillah :(

    ReplyDelete
  7. najib n rosmah ni islam lg ke x?????

    ReplyDelete
  8. islam pada nama... masyaallah...
    tudia la, dah bergaul dgn pemimpin luar bukan nak tunjuk kebaikan kita, ini pula terbalik jadinya. ikut contoh barat.

    macam mana la anak2 muda tempatan x teguk arak, seks bebas, sbb oran atasan pun mandi dalam kolam arak ramai2 campur laki pompuan.. (sebagai contoh sahaja)

    ReplyDelete
  9. betul 2 noi...aku sama ngan ko nyer keputusan...

    ReplyDelete
  10. korang ni guna perkataan Allah.tp duk kutuk orang..tu la..fakta xtau..yg ade lmbang Muhammad tu buka dibuat di Malaysia..dasar pembangkang bodoh mcm korang ni mmg xguna..fitnah je tau...bodo..

    ReplyDelete
  11. utk kat atas nih..pale butoh ko..

    ReplyDelete
  12. untuk 2 anony kat atas tu...agak2 nak maki hamun...boleh buat kat tempat lain k. Kita bersuara cara intelek la..jangan ikut perasaan

    ReplyDelete
  13. intelek kepala hotak kau.....dah terang2 dia jadi penaung pada benda yang salah....kau ni x tau ke pasal adab pakaian islam

    ReplyDelete
  14. sebab ada orang intelek sombong cam korang la nakkan kebebasan dan mudah dalam islam sampai membelakangkan agama......islamic fashion taik kucing ape cam tu.....nak sangat ke bini korang pakai baju camtu.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan