Kanak-kanak 4 tahun didakwa di Amerika Syarikat


Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dikatakan sudah cukup umur untuk didakwa di New York, Amerika Syarikat kerana kesalahannya melanggar seorang tua menggunakan basikal.

Tahun lalu kanak-kanak itu dikatakan telah melanggar seorang wanita tua yang sedang berjalan kaki menggunakan basikalnya . Wanita tua itu dilaporkan mengalami kecederaan dan kemudiannya meninggal dunia.

Juliet Breitman dan seorang kanak-kanak lain berumur empat tahun telah melanggar Claire Menagh yang berusia 87 tahun ketika menunggang basikal mini mereka di sebuah jalan di kawasan Manhattan.

Juliet kemudian didakwa di mahkamah. Peguambela memperdebatkan bahawa Juliet masih terlalu muda untuk dinyatakan sebagai kecuaian.

Namun, hakim yang menghakimi kes ini menegaskan bahawa peguambela Juliet tidak menunjukkan bukti bahawa dia belum matang ataupun mempunyai kemampuan intelek yang rendah.

Berdasarkan fail mahkamah, Julet Breitman dan Jacob Kohn didampingi ibu mereka, Dana Breitman dan Rachel Kohn, ketika mereka berlumba basikal melalui sebatang jalan di East River, Manhattan.

Kedua kanak-kanak ini kemudiannya melanggar Menagh, yang kemudian terjatuh ke tanah. Dia menjalani pembedahan tulang pinggul yang retak dan meninggal dunia tiga bulan kemudian.

Menagh - dan kemudian anak lelakinya bertindak sebagai warisannya, untuk mendakwa kedua kanak-kanak tersebut di atas dakwaan "kecuaian di dalam mengawal basikal yang ditunggangi".
.

Pihak pendakwaan juga mendakwa Dana Breitman and Rachel Kohn yang mereka katakan mengizinkan kedua kanak-kanak tersebut untuk berlumba.

Peguambela Juliet berusaha meyakinkan hakim agar menggugurkan pertuduhan terhadap kliennya.

'Diperbolehkan'

Dalam fail yang diajukan ke mahkamah, peguambela menyertakan sijil kelahiran Juliet yang memperlihatkan bahawa kanak-kanak perempuan itu baru berumur empat tahun dan sembilan bulan ketika kemalangan tersebut terjadi.

Merujuk kepada beberapa kes kecelakaan yang melibatkan kanak-kanak, Hakim Mahkamah Tinggi New York Paul Wooten menegaskan bahawa Juliet yang kini sudah berumur enam tahun, boleh didakwa.

Laporan Asal [BBC News]

ReJaM© "Betul ke orang tua tu mati sebab kena langgar? ataupun mati sebab dah terlalu tua? Atau sebab lain? Apapun macam pelik je kan budak-budak umur 4 tahun dah kena dakwa di mahkamah!"

7 Comments

  1. Ape la bodo punya org Amerika. Malas la nak komen panjang.

    ReplyDelete
  2. Terlalu bergantung kpd dalil akal begini lah jadinya.. Beginilah yg menjadi amalan undang2 di Malaysia kini. Walaupun undang2 Tuhan tidak pernah menyalahi akal, tetapi mereka tetap menolaknya krn ia bertentangan dgn nafsu.

    ReplyDelete
  3. xboleh la patutnye..dak 4 taun lom mumayis la..lgpon betul terer ke dia bawak beskal smp leh bwk kes ke mahkamah..kalo terer,leh la masukkan dlm sukan komenwel.. :p

    ReplyDelete
  4. Memang logik kalau org tua mati sebab kene langgar walaupun kene langgar dgn basikal. sebab org tua2 ni tulang diorg tau kuat, lps tu bile terjatuh kene langgar, hip joint diorg biasanya yang akan retak/patah. bile hip joint ni dah patah, byk komplikasi yg akan berlaku seterusnya, contohnya jangkitan kuman. komplikasi ni dlm masa 2-3 bulan cam tu dan akhirnya diorg meninggal. kajian mmg membuktikan org tua2 byk meninggal sebab terjatuh.byk kes2 mcm ni kat hospital.

    tapi, masalah nya di sini, budak umo 4 tahun pun diorg nk dakwa ke? mmg tak gune otak betul lah.

    ReplyDelete
  5. pembetulan: tulang diorg 'tak' kuat

    ReplyDelete
  6. masalahnye...klu dh ajal.. terima je la.. hip hoint la,komplikasi la.. 2 smua hnya la pnyebab.. ada org hdup dgn HIV btahun2... x mati2 pn.... semua kuasa ALlah..

    ReplyDelete
  7. dok minum anlene gold

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan