Katak Zahrain rupanya dalang Memo kepada Anwar

Isu berkenaan Memo yang dihantar kepada Anwar Ibrahim menggesa beliau bertaubat dan meletak jawatan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Amir Md Ghazali menafikan bahawa 60 ahli AMK negeri itu dan juga dari Perak terlibat di dalam penyerahan memorandum kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari penamaan calon di ibu pejabat parti Sabtu lalu. Menurutnya, dakwaan 60 individu tersebut yang mengaku ahli AMK adalah sebagai satu pembohongan dan fitnah yang sengaja direkacipta.

Selain itu, jumlah yang dilaporkan oleh media adalah tidak logik sama sekali.Ini kerana berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh AMK Pulau Pinang, mereka mendapati hanya lima sahaja individu yang terlibat dan bukannya 60 orang seperti yang dilaporkan kebanyakan media.

“Mereka ini pula adalah ahli yang telah dipecat. Salah seorang dari mereka adalah anak kepada petugas bekas Ahli Parlimen Bayan Baru yang masih setia dengan Ahli Parlimen tersebut, ” jelas Amir ketika ditemui pada majlis meraikan 105 jemaah haji oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini semalam.

Kata Amir lagi, provokasi yang dilakukan ini adalah sebagai satu helah untuk meraih sokongan masyarakat menjelang pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi.

“AMK Pulau Pinang begitu kesal dengan tindakan pihak tersebut yang sengaja menggunakan nama AMK dengan niat jahat dan berbentuk provokasi semata-mata memberi pandangan serong terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami AMK Pulau Pinang, tetap menyokong dan berdiri teguh dibelakang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana yakin dengan kredibiliti dan kepimpinan yang dibawa oleh beliau kearah reformasi politik baru dalam negara ini, ” ujar beliau lagi.

Sehubungan itu tindakan tegas akan diambil selepas ini bagi mempertahankan nama baik AMK Pulau Pinang dari terus dicemari dan dipermainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab serta mempunyai kepentingan politik yang didalangi oleh pihak tertentu.


ReJaM©

3 Comments

  1. Kalau kita hayati muka katak berkenaan pun kita boleh agak perangai dia. Bukan salahkan muka yg dicipta Tuhan tetapi muka mengambarkan perangai yg kalau buruk, ia menjadi cabaran pd empunya diri utk memperbaikinya.

    Muka rakus, gigi rakus, mata rakus, cara jalan rakus tak semenggah. Jenis tidak kira apa janji masyuukk. Membujur lalu melintang patah. Jenis ni kalau negara diperintah komunis pun, dia akan join komunis, demi nak hidup dan nak kebendaan.

    Senang cita jenis yg berprinsipkan nafsu la dalam perjuangan.

    Perjuangan assobiyah umno menganggap menipu fitnah putar belit manipulasi itu sebagai kebijaksanaan dalam politik, nk masuk politik mesti tau semua tu. Fahaman bahawa politik itu kotor adalah fahaman sesat yg diamal oleh umno. Dah tahu kotor tapi masih ramai yg duduk dalam kotor, demi nafsu. Sedikit pun tidak merasa berdosa sebab dosa dan pahala hanya cerita di masjid sahaja.

    Sudahlah assobiyah, sekular pula.

    ReplyDelete
  2. Ini semua geng perut boncet!
    Janji dapat duit dia bedal!

    ReplyDelete
  3. tGk MuKa PuN dAh tAu mUkA KaTaK hAhA

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan